Jumaat, 4 November 2011

Khas Buat Aisha

Bila kau sedih kerana cinta,
Jangan lah kau berduka lara.

Bila kau celaru kerana cinta,
Jangan lah kau memendam rasa.

Bila kau kecewa kerana cinta,
Jangan sekali kau titiskan airmata.

Bila kau derita kerana cinta,
Jangan sekali kau berbuat nista.

Bila kau tertipu kerana cinta,
Jangan dituding salah siapa.

Bila kau putus asa kerana cinta,
Jangan lupa jodoh itu ada.

Bila kau hanyut kerana cinta,
Jangan lupa yg Maha Esa.

Kerana cinta itu buta. Kerana cinta itu cerita. 
Tapi manusia perlukan cinta. Kau perlukan cinta. 
Dan Adam perlukan Hawa.

- pelukis kedua

Jumaat, 28 Oktober 2011

Kanvas Hidup

Kongsikan aku kanvas kamu. Tak kira putih suci. Hitam keji. Atau warna warni. Akan aku corakkan dengan karya aku walau sedikit cuma. Kerana sudah menjadi tugas aku. Untuk tempekkan hasil seni yg tak seberapa. Dalam setiap kanvas yg aku jumpa.


- pelukis kedua

Rabu, 26 Oktober 2011

kosongpoinsatupersen

aku tak takut dicaci.
aku tak hairan dikeji.
walau kau cemuh sekalipun aku tak ambil peduli.
yg aku tahu buat masa kini.
aku nak mengubah diri.
walau kosong poin satu persen pun jadi.

Hati Keji

keratan rentas satu objek jijik dipanggil hati. kalau kau tenung dan kaji. kau akan tahu benda tu sangat keji. tapi mulanya hati itu putih suci. kau sendiri yg cemari. kau gagal isi dengan nilai murni. kau sakiti. tak terperi. tak cukup hanya sekali. kau ulang perbuatan tu lagi. sekali lagi. bila sampai satu tahap capai konklusi. bila hati yg putih suci. jadi sekeji babi. kau dicaci dan dimaki.

Khamis, 13 Oktober 2011

Perlembagaan Hati

Jangan gelojoh cari cinta, nanti kau kecewa. Tapi jangan pula abaikan cinta, nanti kau tiada rasa. Sebab cinta, manusia binasa. Sebab cinta juga, manusia terpesona.

Rabu, 12 Oktober 2011

Just Do It

Hey dude. You have to change. It is your future tau. Even tak suka pun you still have to do it.

- Mira.

Fear is a Great Motivator

I do not fear Death nor i am not fear to die but what i fear the most is dying.