Jumaat, 31 Januari 2014

new things, old things

We replace the old ones with new ones without realising that they are just the same, in different ways.

Ahad, 26 Januari 2014

meninggalkan masa lalu

"Ideologi", ujar Althusser, "tidak punya sejarahnya yang sendiri". Ia lahir dari dalam diri seorang individu konkrit yang secara sedar memberikan pengakuan kepada dia yang memanggilnya - menjadi subjek kepada kepercayaannya.

Lantas ideologi merupakan ilusi terhadap sebuah kepercayaan yang tidak dapat diungkap, serta dalam masa yang sama, ia merupakan realiti yang mengungkapkan diri seseorang tersebut.

Mirip sekali dengannya, Levinas menyarankan sebuah pengakuan. Seorang Aku yang meletakkan keberadaan dirinya untuk diisi oleh Yang-Lain. Harapannya adalah harapan untuk Yang-Lain. Cita-citanya merupakan keinginan untuk membahagiakan Yang-Lain.

Cinta bagi seseorang tidak mempunyai akarnya. Ia hadir secara tiba-tiba. Mencintai Yang-Lain adalah untuk menjadi Aku.

Selasa, 14 Januari 2014

finale

Kita ketawa dan terus ketawa sehingga kita tersedar yang pengakhiran itu semakin hampir. Dan kita ketawa lagi, sambil melakar janji-janji pertemuan dengan air mata.

Kerana perpisahan itu tidak sentiasa menggembirakan.

Jumaat, 10 Januari 2014

tahun baru

Termimpikan kematian pada minggu pertama 2014. Paling banyak berbanding kesemua tahun sebelumnya.

Khamis, 26 Disember 2013

kerja

Setiap hari kita kecewa; dengan kerajaan, pembangkang, pentadbiran universiti, kenalan, teman, sahabat, keluarga, diri sendiri dan kehidupan. Kekecewaan mengajak kita untuk berharap pada hari ini untuk dikecewakan semula pada keesokannya.

Kekecewaan adalah apabila kita menatap kegembiraan kita, dan bersinggung langsung dengannya sehari-hari dengan menyedari bahawa kegembiraan itu tidak memerlukan kita untuk terus gembira.

Hal-hal yang dekat, tetapi jauh meninggalkan kita.

Dan kekecewaan terbit dari harapan yang menakutkan - untuk melawan ketakutan.

Rabu, 25 Disember 2013

odds

I used to be a gambler, but back then somewhere in the past, I gave all in.

And now I'm broke.

Isnin, 16 Disember 2013

beruang comel yang tidur

Kadang-kadang, sampai suatu ketika bilamana tanggungjawab terhadap kebebasan menjadi sangat melelahkan. Lalu apa yang kita mahu lakukan cuma duduk sendirian dan bercakap dengan diri sendiri. Justeru, air mata menjadi tanda yang kita masih lagi manusia.