Selasa, 27 Jun 2023

hidup sesungguhnya

Tiga tahun—kira-kiranya kali terakhir saya menjenguk laman ini pada tahun 2020.  Untung, saya masih ingat password akaun ini. Saya fikir tidak ada lagi pengunjung di sini—dan, seperti jua setiap hal, akan ada penghujungnya.

Banyak hal yang telah berubah, dan, anehnya, banyak juga yang masih seperti apa adanya tiga tahun sebelum. Agak lelah sebenarnya untuk berhadapan dengan hari esok sedang kita dihambat hal-hal lewat yang belum selesai.

Apapun, hari-hari ini, dan mendatang harapnya, tidak pernah sunyi dengan senyuman dan ragam si kecil. 



Saya doakan anda juga baik-baik sahaja.