Terus ke titik. Buat mereka mereka yg dah dikecewakan tu, tak perlu lah nak sedih meraung bagai lama2. Nanti kau sendiri jugak yg susah. Dah tiap2 hari kau mandi air mata kau ingat orang tu nak kesian? Come on wake up lah! Jangan jadi bodoh sangat. Keldai pun lagi pandai dari kau. Apa kau kata cinta tu buta? Go to hell. Kau ingat ni zaman P. Ramlee nak kata macam tu? Sudah2 lah. Tiap2 hari kau nak menangis tak pasal2, emo sorang2 tiap2 malam. Kejadah. Kau ingat bila kau buat macam tu si dia yg kau agungkan sangat konon cinta sejati tu nak balik kat kau? Oh please lah. Satu dalam sejuta.
Tolong jangan jadi bodoh sangat boleh tak? Kau kata nak rekonstruk diri kau. For how long? Kau sedih2 nangis2 sorang diri. Yg membekaskan kau tu senang lenang dengan hidup dia. Mungkin dia ada ingat kau tapi apadahal. Dia sibuk menikmati hidup gembira dia. Yg kau pulak seksa diri kau. Ya. Kau cakap benda ni ambik masa. Kepalahotak kau lah kalau benda tu dah lama lepas pun kau nak menangis tiap2 hari lagi. Kau cakap susah nak lupakan. Kau tahu tak lagi kau nak lupa lagi tu lah kau akan ingat. Buat bodoh sudah tapi jangan pulak kau membodohkan diri kau pergi buat benda2 yg bodoh.
Kadang2 aku tak faham. Kau tahu tak, kau kena belajar melepaskan. Dah sudah. Benda dah habis. Dah lepas. Bukan kau punya lagi. So tak reti2 lagi? Pandang depan lah bodoh. Yg kau tahu nak toleh ke belakang. Kau nak marah2 dendam2 apahal. Kau nak cakap tak boleh lupa sebab banyak memori dengan dia? Eh bodoh lah kau ni. Biarkan ja lah memori manis kau dengan dia tu. Kurang2 benda tu buat kau ingat tentang kebaikan dia. Tapi tolong lah. Tolong terima hakikat boleh? Benda yg perlu kau buat sekarang ni cuma pandang ke depan. Langgar ja apa halangan yg mendatang pun. Kau kata kau kuat kan. Kau kata kau boleh redah apa jadah yg datang kan. Haa. Sila lah pandang ke depan. Tak perlu kau nak toleh2 belakang lagi dah. Pergi mampus dengan masa lepas kau. Move on lah woi.
Masa lepas kau tu jadikan iktibar ja. Tak payah kau nak pusing2 kat situ lagi. Omputeh pernah cakap "don't dwell in your past because you will never find a path to the future". Diorang cakap lah aku tak cakap. Oh cuba lah kau keluar dari lubang hitam tu. Sampai bila kau nak bertapa dalam tu? Tak kira lah apa cara kau nak keluar sekalipun. Cepat atau lambat ke. Kau nak buat lif, tangga itu kau punya pasal. Aku apa ada hal. Kau nak korek guna sudip, sudu. Sofistikated? Hehh. Pandai2 kau lah nak buat macam mana pun. Janji kau usaha untuk keluar dari lubang hitam yg gelap tu. Yg buat kau tak tidur malam sebab menangis sorang2. Yg buat kau jadi bodoh. Apa pun kau jangan lama2 sangat dalam lubang tu. Takut kau nanti dah tak jumpa jalan keluar. Tak nampak cahaya yg kat atas tu.
Satu lagi. Tolong lah hargai kawan2 kau tu. Kadang2 kau marah diorang. Kau cakap diorang tak faham kau sebab nasihat yg diorang bagi tu semua kau tak suka. Kau ambik sikit2 apa yg diorang cakap tu. Benda yg kau rasa betul bagi kau ja lah. Jangan telan semua nanti kau sendiri yg dibodohkan. Kau jangan lah terlalu kejar benda yg kau rasa abadi untuk kau tu. Apa yg kau dah lalu dengan dia dulu tu. Tak kira lah dosa atau pahala yg korang buat. Benda tu dah jadi sejarah. So angkat bontot kau, bangun, berdiri tegak2, mula jalan ke depan. Tak payah lah kau nak buat cerita sedih drama meleis tiap2 hari dah kan.
Jangan sampai kau kejar semua yg bukan milik kau lepas tu kau hilangkan benda depan mata kau yg paling berharga.
aku syg hang. jgn risau aku. muah muah. :p
BalasPadamjangan sedih2 sangat weiii ;P
BalasPadam