Selasa, 25 Februari 2014

mereka yang menafikan sejarah

Perancis, di awal abad ke-21 memaparkan sebuah peperangan antara manusia dan sistem. 

Bagi fenomenolog, "Kesedaran, tidak sahaja hadir pada diri, tetapi melampauinya. Berdiri bersama-sama dengan kehadiran dunia dan mereka yang lainnya."

Tidak, tidak. Manusia sudah tercampak dari pusatnya.

Strukturalis lantang menempik tentang zaman manusia yang sudah berakhir, ""Aku" sudah retak, langsung bisu. Lantas wujud suara lain yang berbisik dalam "aku", yang bernama sistem."

Foucalt, dalam ucapannya menyebut, "Seluruh zaman kita berusaha untuk melepaskan diri daripada Hegel, entah dengan logika atau epistemologi, entah melalui Marx atau Nietzsche."

Jumaat, 21 Februari 2014

lewat

Aku boleh menerima pagi yang lewat hadir, tetapi tidak ada esok lewat kamu.

Selasa, 18 Februari 2014

Sabtu, 15 Februari 2014

hakikat

Dari aku,
Yang diperuntuk dengan takut

Lewat rindu yang tak pernah hadir
Melainkan janji-janji pertemuan masa lalu
Lantas semua kita melutut

Menengadah; mengharap belas ihsan
Entah daripada siapa atau apa?

Di jajaran yang penuh kegilaan
Kita menemukan kekecewaan tentang manusia

Kebebasan dan cinta hanya sebuah takdir.

Selasa, 11 Februari 2014

the proposal

I do not have much to offer. But will a lifetime be a good bargain for your soul?

Ahad, 9 Februari 2014

Sabtu, 8 Februari 2014

bising

Maya; surreal dan berlebihan nyata. Dan tatkala kita ditelan kebisingan-kebisingan tersebut, kita hampir terlupa untuk menjadi diri sendiri.

Khamis, 6 Februari 2014

tentang menjadi kuat

Kadang, kita mencari kekuatan daripada penulisan-penulisan mereka yang barangkali tidak pernah kita kenal secara langsung. Kita mengenal mereka melalui penulisannya, bahkan kita menemukan erti diri daripada tulisan-tulisan tersebut.

Begitu juga kiranya dengan Tuhan - yang tidak pernah kita kenal dan bersua. Namun, kita berdoa kepadanya, melalui hasrat-hasrat yang ditemukan lewat pemahaman kita baik terhadap teks, alam atau manusia.

Bezanya, setiap detik yang dilalui merupakan persinggungan langsung antara kita dengan Tuhan.

Rabu, 5 Februari 2014

tradisi-tradisi di Eropah

"Oh, Iylic. Sudah sebegitu lama kau tercegat di sini. Mahu kah kau masuk sebentar dan mencecap kopi panas? Keadaan di luar sangat sejuk waktu-waktu begini."

"Anna... Anna... Anna. Berapa lama lagi harus aku tunggu?"

"Selamanya, Iylic," balas Anna dengan senyuman.


****


"James, makanan sudah siap."

"Sempurna seperti biasa, Mary?"

"Tentu sekali! Seperti kebiasaan nenek moyang kita sejak sekian lama," ujar Mary dengan patuh.


****


"Friedrick, sudah seharian kamu merenung pokok epal itu. Apa yang kamu nantikan?"

"Aku sedang menunggu saat janggal yang luar biasa. Saat yang kita sering lepasi dengan sambil lewa."

"Oh, Friedrick. Saatnya akan tiba untuk itu," wanita tersebut lantas berlalu pergi.


****


"Sampai begitu menarik sekali semut-semut itu, Louis? Begitu tekun kau memerhatikan mereka sedari pagi tadi."

"Simone, jangan salah faham. Apa yang menarik minat aku bukan semut-semut ini, tetapi bagaimana koloni mereka terbina dan berfungsi."

"Sangat tidak masuk akal, Louis. Mereka cuma haiwan yang sudah ditentukan," Simone memijak semut-semut yang berada dikakinya.