Rabu, 5 Februari 2014

tradisi-tradisi di Eropah

"Oh, Iylic. Sudah sebegitu lama kau tercegat di sini. Mahu kah kau masuk sebentar dan mencecap kopi panas? Keadaan di luar sangat sejuk waktu-waktu begini."

"Anna... Anna... Anna. Berapa lama lagi harus aku tunggu?"

"Selamanya, Iylic," balas Anna dengan senyuman.


****


"James, makanan sudah siap."

"Sempurna seperti biasa, Mary?"

"Tentu sekali! Seperti kebiasaan nenek moyang kita sejak sekian lama," ujar Mary dengan patuh.


****


"Friedrick, sudah seharian kamu merenung pokok epal itu. Apa yang kamu nantikan?"

"Aku sedang menunggu saat janggal yang luar biasa. Saat yang kita sering lepasi dengan sambil lewa."

"Oh, Friedrick. Saatnya akan tiba untuk itu," wanita tersebut lantas berlalu pergi.


****


"Sampai begitu menarik sekali semut-semut itu, Louis? Begitu tekun kau memerhatikan mereka sedari pagi tadi."

"Simone, jangan salah faham. Apa yang menarik minat aku bukan semut-semut ini, tetapi bagaimana koloni mereka terbina dan berfungsi."

"Sangat tidak masuk akal, Louis. Mereka cuma haiwan yang sudah ditentukan," Simone memijak semut-semut yang berada dikakinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan