Khamis, 15 Disember 2011

Pejuang

Hai pejuang! 

Aku tahu kau handal
Kau berani
Sebab kau lantang menyuarakan ketidakpuasan hati

Tapi kau kena ingat juga
Berani dengan bangang itu tak sama
Kau kena tahu beza itu semua

Bukan aku nak kritik atau keji
Tapi kau pun boleh fikir sendiri
Kau buat semua ini
Apa mereka ambil peduli?

Aku kagum dengan semangat kau
Aku hormat perjuangan kau
Tapi satu soalan buat kau
Apa motif perjuangan kau?

Apa kau nak nama?
Atau kau nak dipandang wanita?
Walau apa pun ia
Jangan kau lupa niat utama

Kerana sekali kau terpesong
Kau akan terkongkong

Kau lantang menentang
Kau lantang membangkang
Aku takut nanti kau yg terlentang

Jangan nanti semua lantang kau bangkang 
Sampai kau tak tahu apa yg kau bangkangkan.



- pelukis kedua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan