"Disaat waktu berhenti, kosong. Dimensi membutakan mata memekakkan telinga."
29 Januari 5.45AM
Sera membuka matanya. Jaga dari tidur lena yg jarang dapat dikecapi. Dinikmati. Peluh dingin masih deras mengalir. Ketakutan. Ngeri.
Fragmen fragmen ilusi yg baru dialami masih terbayang dalam kotak fikiran. Suara jeritan yg memilukan masih terngiang ngiang di telinga. Satu wajah yg jelas. Wajah seorang wanita sedang menderita diseksa.
Sera masih berpeluk tubuh. Duduk sambil memeluk lutut di atas katil bercadar putih. Tompok tompok merah kelihatan di segenap penjuru. Otaknya masih ligat berfikir. Memutar ke belakang cuba mengingat kembali mimpi ngeri yg baru dialami.
Bangun, menuju ke tandas. Itu keputusan yg diambil. Sera membasuh mukanya. Meneliti wajah di cermin. Pucat.
BANG!
Hampir luruh jantung Sera mendengarkan bunyi itu. Bunyi tembakan yg memecah keheningan subuh yg dingin. Mata dipejam. Gigi digetap. Setitik air jatuh dari kelopak matanya. Sera kembali ke katil. Memeluk bantal lalu menangis teresak esak.
Mengapa begini jadinya? Bukan ini yg dipinta. Bukan ini yg dicari...
***
11 Januari 3.42AM
Sera terjaga daripada tidur. Termengah mengah. Badan basah kuyup bermandikan peluh. Bangun. Capai tuala untuk membalut tubuh perawannya. Mimpi yg sama. Sudah sebelas malam mimpi tersebut menghantui tidurnya. Serpihan serpihan memori. Api yg marak. Rumah yg runtuh menyembah bumi. Seorang wanita.
Ya. Wanita itu. Diikat pada sebatang kayu pasak di luar rumah runtuh itu. Badannya diselaputi darah hitam yg pekat. Sera cuba menumpukan perhatian. Cuba untuk mengingat rupa si wanita tersebut. Tidak berjaya. Hampa.
Sera duduk termenung di tepi tingkap. Cuba memikirkan relativiti antara setiap mimpi mimpinya. Apa yg cuba disampaikan? Siapa wanita itu? Apa yg terjadi? Dia melihat jam. Ah. Baru pukul 3.45 pagi. Masih awal.
Dia duduk di meja tulis. Sebatang pensil. Sehelai kertas. Cukup. Cuba melakarkan kembali mimpinya sebentar tadi. Siap. Satu gambaran seorang wanita dipasung di hadapan runtuhan sebuah rumah agam besar yg hangus dijilat api. Malam ketika itu.
Sera termangu keseorangan. Masih berfikir tentang mimpinya. Seperti ada sesuatu yg tidak kena. Suatu perasaan dihimpit yg sangat dahsyat. Ada malapetaka besar bakal berlaku.
***
"Hoi Sera!." Sera tersentak daripada lamunan. Terkebil kebil memandang sekeliling. Dia terpandang Kamil yg sedang menyeringai disebelahnya. Panas hati. Marah dikejutkan dengan sebegitu rupa.
"Apa hoi hoi? Kau ni betul betul buat aku terkejut lah Kamil!" bentak Sera. "Maaflah. Aku tengok kau termenung memanjang. Kau ada masalah ke?" Kamil bertanya penuh minat. "Tak ada apa lah. Aku cuma tak sihat je." jawab Sera acuh tak acuh. Perbualan mereka terhenti di situ apabila ketua pengarah tiba.
Sejak diganggu mimpi tentang wanita itu, Sera tidak dapat menumpukan perhatian di tempat kerja. Sering termenung bersendirian. Kamil yg merupakan kawan baiknya juga nampak akan perubahan pada diri Sera. Risau juga Kamil melihat keadaan Sera. Sentiasa murung dan menjauhkan diri dari orang lain. Bukan Sera yg biasa. Seorang perempuan becok yg peramah. Ada saja benda yg digaduhkan dengan Kamil. Selalunya mereka bergaduh disebabkan hal hal yg bodoh dan remeh.
TAKK.
Sera melempar kunci rumah ke atas meja. Terduduk di atas sofa. Keletihan. Kerja sebagai seorang penulis memang memenatkan. Dia memejamkan matanya. Cuba merehatkan badan yg sengal sengal akibat seharian duduk di atas kerusi. Masih terngiang kata kata Kamil semasa mereka keluar makan tengahari tadi.
"Kau jangan nak tipu aku Sera. Aku tahu kau runsing pasal sesuatu. Kau tahu kan kau boleh minta tolong aku. Aku ni kawan baik kau tau."
Sera membuka mata. Dicapainya telefon bimbit jenama Nokia yg baru sebulan dibeli. Punat punat telefon ditekan. Terpapar nama Kamil di skrin. Tekan butang dail.
"Helo Kamil. Boleh kau datang rumah aku sekarang?"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan