Kadang yang sudah tak semestinya pergi; ingatan boleh jadi suatu hal yang ganjil. Satu hari yang biasa bagi yang lain boleh jadi ialah hari yang menyimpan seluruh ingatan tentang seseorang.
Seperti seorang remaja yang menyimpan kesemua barang permainannya di dalam sebuah kotak, begitulah juga ingatan tentang seseorang--disematkan ke dalam hari-hari yang tertentu untuk dicampakkan terus ke dalam kubur sejarah; atau dilewati dan direnung sejenak apabila berselisih dengannya.
Dan sudah tentu kita juga harus bersedia dengan kenyataan bahawa ingatan ialah sebuah tekad untuk melawan lupa. Ada yang terjerumus ke dalamnya dan menjadi bayang-bayang. Ada pula yang membingkaikannya sebagai tauladan. Juga, ada yang diam-diam menikmatinya dengan secawan kopi panas sambil menunggu hujan reda.
Namun, ingatanku terhadapmu seperti musim tengkujuh; tak pernah gagal untuk hadir saban tahun. Kadang sayup-sayup bak renyai, kadang deras membawa bah.
Selamat ulang tahun D.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan