Sekurang-kurangnya, ada tiga gejala sosial yang menjadi punca kepada kerosakan akhlak. Pertama, feminisme. Kedua, feminis kelas menengah. Ketiga, wanita yang menjadikan feminisme sebagai ikut-ikutan.
Bagi yang pertama, ia jelas: feminisme sebagai ideologi yang menindas wanita itu sendiri.
Yang kedua: feminis kelas menengah yang kerap bercakap soal-soal remeh dan enggan memahami keadaan nyata masyarakat.
Ketiga: wanita-wanita malang yang tertipu dengan yang pertama dan kedua.
Dan sekurang-kurangnya, ada satu jalan keluar yang boleh diupayakan bagi membasmi gejala ini: melepaskan diri daripada perspektif gender yang sia-sia, yakni pemahaman tentang gender dalam bentuknya yang menyamar. Misalnya, menonjolkan buah dada di tempat awam sebagai satu aksi penegasan yang menuntut penghormatan; bahawa seorang wanita itu ialah wanita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan