Khamis, 18 Ogos 2011

Karma

                           Kau buat taik sekarang.


Setimpal kau dapat nanti.

Sepam

Sebatang rokok Winston Light.
Dicucuh dinyalakan.

Sedutan pertama ditarik pendek.
Cukup untuk pastikan bara tu terus terbakar.
Sedutan seterusnya ditarik panjang.
Empat ke enam harakat.

Asap2 racun masuk melalui nasal cavity kau.
Melepasi rongga trakea.
Asap celaka tu meneruskan perjalanan.
Menyusup masuk ke tiub brancholi.
Dan terus ke aveoli.

Kat situ asap durjana tu meninggalkan tempek2 racun dan tar.
Menutup rongga dalam paru2 kau.
Dan bila dihembus keluar.
Hanya tigapuluh persen racun yg pergi.
Lagi tujuhpuluh persen kekal menetap  kat dalam.

Directly proportional.

Makin banyak kau tarik makin banyak racun.
Makin tebal tar yg menempek paru2 kau.

Sampai satu tahap bilamana tak tertanggung lagi keperitan asap tu.
Paru2 kau gagal menjalankan tugas.

Dan kau terkapai kapai.
Tercungap cungap menghirup udara.
Sangat perit sekali.

Sampai klimaks bilamana jantung kau berhenti berdegup.
Lalu kau mati.

Abnormal

                         Perilaku atau behavior yg songsang dari norma kehidupan.


 Bahasa mudah ialah tak normal.

The Road not Taken

Kau berjalan jalan kat satu denai.
Sampai hujung denai tu.
Ada dua persimpangan.

Jalan yg sebelah kanan kau tengok bersih.
Jalan yg sebelah kiri pulak penuh dengan liku2 dan duri.

Dan kau sedar.
Kau cuma ada satu pilihan ja.

Sama ada kau nak ambik jalan sebelah kanan yg elok.
Yg kau rasa dapat buat kau senang mula2nya.
Atau kau nak ambik jalan sebelah kiri.
Yg terang2 akan buat kau susah tapi mungkin kau akan bahagia kat hujungnya.

Tak kira lah jalan mana yg kau nak ambik.

Kiri atau kanan.
Kau tetap akan rasa susah senang dia.

Tapi kat penghujung tu.
Terpulang kat kau sendiri untuk menilai.
Sama ada kau rasa jalan yg kau pilih tu.

Berbaloi atau tak.

She...

                              Just broke up.

Then what?

Rabu, 17 Ogos 2011

Racun Sampah

Qido.

          Aku rasa jisim2 dalam tongsampah ayun dah mula racun aku lah.

Demmmm.

Bus Stand

Kau ingat tak lagi?
Kau mula2 guna khidmat dia masa kau kena tinggal bas.

Bas yg selalu kau naik untuk ke mana2.
Kadang2 bas tu datang lambat.
Dekat dia lah kau luah amarah kau.
Dia tak pernah bising pun.
Sebab dia tahu kau cuma seorang penunggu setia.

Tapi sekarang bas tu dah tak datang ambik kau lagi.
Kau tak putus asa.
Terus tunggu disamping dia.
Segala luahan kau dia dengar tak pernah jemu.
Sebab dia tahu kau sedih.
Sedih yg bas kesukaan kau dah tak datang.

Tapi dia tahu.
Sedih2 kau.
Marah2 kau.
Ada sekelumit keyakinan untuk buat kau terus tunggu bas tu.

Ya dia sedar.
Bila sampai masanya nanti kau akan pergi.
Pergi dari penantian yg lama tu.
Mungkin pergi kepada bas kesukaan kau tu.
Atau mungkin pergi kepada bas baru yg boleh buat kau lagi gembira.

Tapi percaya lah.
Kalau ada suatu ketika.
Mungkin kau akan patah balik ke tempat sama.
Dalam keadaan marah2 sebab ditinggalkan.

Percaya lah.
Yg dia tak kisah.
Dia akan tetap teman kau lagi.
Dengar luahan rasa kau.
Yg penuh perasaan tu.

Walaupun dia tahu.
Yg kau hanya singgah sekejap.
Dan akan tinggalkan dia lagi.
Sebab dia sedar.
Yg dia hanya satu tempat persinggahan.

Never Leave a Question Without an Answer

Qid : Semua soalan mesti ada jawapan?

Aku : Mesti walaupun tersirat.


Qid ‎: "mesti ada hikmah nya tu .. " also can be classified as jawapan to all ques?


Aku : Itu general sangat.

Qid : Susah gila.

Aku : Subjektif kan?


Qid : Aah. Tapi dunia ni still ada orang orang yang suka biarkan soalan tu tergantung, dan terjawab sendiri. Macam mana tu? haizz

Aku : Tu okay lagi walaupun lambat. Ada yg bawak jawapan tu sampai dalam lubang kubur. Tak terjawab sampai ke sudah.


Qid : Dah masuk kubur, sesi bagi jawapan lah pulak.

Aku : Terkulat kulat nak menjawab nanti.


Qid : hahaha, dahla, aku lapar.

Aku : Pergi lah makan.

Qid : Tunggu kau la, sama2 bukak.

Aku : Jap aku sampai.

Hasil sembang2 dengan Qido. Maaf aku copy paste. Soalan. Persoalan. Question dalam bahasa omputeh. Setiap soalan mesti ada jawapan yg dah termaktub sama ada benda tu lojik atau tak terpulang kat masing2 punya akal untuk menafsir. Ya. Setiap soalan perlu dan wajib ada jawapan walaupun soalan retorik sekalipun. Jawapan tu penting sebagai solusi pada satu2 soalan.

Kalau kat sekolah dulu cikgu bagi soalan suruh cari jawapan. Ahhh. Aku cukup menyampah. Tambah2 subjek fizik, kimia dengan matematik tambahan. Kau bagi satu line yg bengkok nak suruh aku cari titik pusing, kamir bagai. Kejadah. Okay bukan benda ni aku nak merepek. Tapi kalau korang perasan lah. Hidup ni penuh dengan persoalan kan? Apa kau nak jadi nanti. Dengan siapa kau nak kawen nanti. Agak2 bila kau nak mati. Semua tu persoalan and oh yes. Memang ada jawapan untuk semua tu cuma kau kena tunggu bila masa dah sampai lah.

Kita manusia2 yg tak sempurna ni sering berusaha nak cari jawapan tu. Kadang2 benda tak pasti lagi kau dah sibuk2 nakkan jawapan. Benda ni boleh dilihat kebanyakannya pada pasangan2 yg hangat bercinta. Hehhh. Yg perempuan suka tanya si lelaki soalan2 yg entah ada kepastian atau tak macam ni. " yeww. yeww takkan tinggalkan aii kan? Janji?" okay itu menyampah dan yg si lelaki ni pulak dengan bodohnya berjanji. Eh come on lah. Kau baru couple dua tiga bulan dah nak janji2 sumpah bagai. Kalau dah kawen tu boleh terima lah jugak. Kau tahu tak yg kau dah berjanji pada benda yg tak pasti. Jodoh ajal semua kat tangan Tuhan tahu. Kalau Dia nak, bila2 masa Dia boleh bagi kau padam. Okay maaf kepada siapa2 yg bercinta. Tutup kes.

Ada jenis manusia yg jenis tak sabar2 nak bagi jawapan. Selalunya orang macam ni memang tak boleh simpan rahsia lah. Apa orang tanya laju ja kau jawab. Kadang2 tu benda yg kau tak tahu pun kau main hentam ja jawab. Kejadah apa macam tu. Jangan jadi bodoh sombong lah. Kalau kau tak tahu tu, diamkan dah lah. Bukannya mati pun kalau kau tak jawab. Ni tak. Kadang2 jawapan yg kau bagi tu bukan betul pun. Lepas tu jawapan bodoh kau tu orang ambik dan sebar. Dah jadi fitnah kan. Siapa yg berdosa? Oh yes. Kau. Tahniah.

Ada pulak jenis manusia yg tak suka bagi jawapan. Kalau ditanya apa2 dia diamkan ja. Tu tak apa lah jugak. Ni kalau yg jenis orang tanya lepas tu senyum dan dengan muka selambanya jawab "nanti kau tahu lah". Okay sumpah menyampah. Padahal mula2 kau yg sibuk2 bangkitkan benda tu. Bila ditanya kau cakap nanti. Okay tak semua macam tu dan aku pasti mesti ada sebab korang buat macam tu. Tapi tu lah. Kalau kau taknak bagitahu, why bother kan? Tapi aku ni jenis persistent brat sikit. Selagi aku tak dapat jawapan tu, aku akan tanya sampai orang naik menyampah. Ya. Aku mengaku aku annoying. Terima kasih.

Soalan dalam hidup ni semuanya subjektif. Banyak jawapan kau boleh bagi. Contoh macam feveret food kau. Sekarang mungkin kau cakap nasik ayam. Tahun depan kau cakap nasik goreng ayam pulak. Ehh wait. Ada beza ke? Tapi tu lah. Sering bertukar tukar. Manusia memang tak tetap pendirian kan. Tapi akan sampai satu tahap tu bila kau tiba kat satu titik pusing dalam hidup kau. Soalan yg kau dibagi dua pilihan ja. Lebih kurang macam objektif lah. Jawapan dah diberi. Tapi soalan tu berbeza untuk setiap individu. Soalan tu jugak lah yg akan paksa kau untuk berfikir dan  buat pertimbangan yg betul. Kalau kau salah pilih, tak kisah. Kau akan balik jugak kat jalan takdir yg sepatutnya. Tu pun kalau kau tak mampus lagi lah.

Dan ada jugak orang yg takut nak bagi jawapan. Sebab dia tak pasti jawapan yg dia bagi tu betul2 atas kehendak dia atau cuma based on mere feelings. Manusia. Selalu bertindak bodoh sebab perasaan. Ada yg mati sebab perasaan. Ada yg jadi mayat hidup sebab perasaan. Kalau kau tak pasti tu tak apa. Tunggu sampai kau betul2 pasti dulu. Tak kira lah benda tu ambik masa sebulan, setahun atau sepuluh tahun sekalipun. Janji kau betul2 yakin dengan perasaan dan jawapan kau. Jangan nanti kau bagi jawapan membabi buta lepas tu menyesal sudah.

Okay dah sudah aku merepek. Sebenarnya banyak lagi aku nak tulis tapi benda tu macam tersekat kat kepalahotak aku ni. Yelah. Memori otak 2kb ja. Mana mampu nak lawan yg 16GB tu. Ehhh. Abaikan. Dan harus lah kita berusaha untuk cari jawapan yg sebetul betulnya. Eh tak. Kita semua dah tahu jawapan tu. Yelah, soalan bocor dari seribuempatratus tahun lepas lagi. Yg jadi persoalan kat sini sama ada kita dapat tak nak jawab soalan yg Munkar Nakir tanya nanti. Haaaa. Itu yg kita tak tahu.

Selasa, 16 Ogos 2011

Sekotak Rokok yang Tak Berguna

Apa kau rasa?
Bilamana kau keluar rumah dengan senang hati.
Kau hidupkan enjin motosikal bersiap nak pergi.
Dah jadi tabiat kau nak cucuh sebatang rokok buat peneman sepanjang perjalanan.
Bilamana kau seluk kocek kau yg berisi sekotak penuh rokok.
Kau ambil satu yg bertuah dari duapuluh batang yg lain.
Saat kau nak cucuh rokok tu dan kau perasan sesuatu.
Lighter kau tak bawak.
Sumpah faktab gila.

Enam Tahun

Duaribulima. 
Pertama kali aku masuk kelas nampak kau. Walaupun muka kau macam orang tak ada nafsu nak hidup tapi kau buat aku jatuh hati.

Duaribuenam.
Kelas lain. Aku selalu jalan pergi kelas hujung sebab nak tengok kau yg kat kelas tengah. Kau minat kawan baik aku. Fine.

Duaributujuh.
Kawan baik aku tinggal kau. Aku mula baik dengan kau. Hantar surat bagai. Okay itu malu. Tak ada orang tahu kecuali kawan2 baik kau.

Duaribulapan.
Aku kena buang sekolah. Sempat cakap dengan kau err kejap. Kau macam sedih. Lepas tu terus kita tak kontek. Oh tapi masa harijadi kau aku hantar satu sms.

Duaribusembilan.
Tiba2 kau sms aku. Lepas dekat setahun tak kontek. Kau tanya khabar aku. Kau tak tahu macam mana happy aku masa tu. Lepas tu kau diam. Aku hantar sms lagi masa harijadi kau. Bulan 11 masa nak spm aku pernah cakap yg aku tak boleh lupakan kau lagi. Tapi kau buat bodoh.

Duaribusepuluh.
Aku dah move on. Masuk tempat belajar baru. Masa harijadi kau aku tak lupa hantar sms. Bulan puasa kita keluar berbuka ramai2 buat gathering. Kau tak tahu masa aku mula2 sampai orang pertama yg aku cari ialah kau. Lepas tu kita jalan sekali. Kau tak tahu aku happy sangat sebab dapat cakap dengan kau.

Duaribusebelas.
Aku dapat tahu kawan aku satu kelas dengan kau. Tak tahu apa nak cakap. Ada satu masa tu tiba2 kau call aku. Masa tu kau ada konflik dengan bf kau. Oh kau dah berpunya. Lepas tu kau tak kontek aku dah. Tak apa aku tak kisah. Biarpun kau lupa kat aku masa senang kau. Masa harijadi kau aku call kau terus. Bising2 entah lah mungkin kau tengah enjoy dengan kawan2 kau.Tapi aku happy dapat dengar suara kau.

Walaupun dah dekat enam tahun tapi aku tak pernah lupakan kau. Apa ubat guna2 kau dah bagi dekat aku? Harijadi kau aku tak perlu nak buat reminder. Kepalahotak aku yg dah mula teroksida ni masih mampu nak ingat tarikh tu. Tapi kau tak pernah ingat harijadi aku kan? Tak apa. Aku tak kisah. Enam tahun. Aku perlu lupakan kau. Lupakan segala fantasi ciptaan aku dan masuk ke dunia realiti yg kejam. Aku perlu move on.