Khamis, 18 Ogos 2011

Sepam

Sebatang rokok Winston Light.
Dicucuh dinyalakan.

Sedutan pertama ditarik pendek.
Cukup untuk pastikan bara tu terus terbakar.
Sedutan seterusnya ditarik panjang.
Empat ke enam harakat.

Asap2 racun masuk melalui nasal cavity kau.
Melepasi rongga trakea.
Asap celaka tu meneruskan perjalanan.
Menyusup masuk ke tiub brancholi.
Dan terus ke aveoli.

Kat situ asap durjana tu meninggalkan tempek2 racun dan tar.
Menutup rongga dalam paru2 kau.
Dan bila dihembus keluar.
Hanya tigapuluh persen racun yg pergi.
Lagi tujuhpuluh persen kekal menetap  kat dalam.

Directly proportional.

Makin banyak kau tarik makin banyak racun.
Makin tebal tar yg menempek paru2 kau.

Sampai satu tahap bilamana tak tertanggung lagi keperitan asap tu.
Paru2 kau gagal menjalankan tugas.

Dan kau terkapai kapai.
Tercungap cungap menghirup udara.
Sangat perit sekali.

Sampai klimaks bilamana jantung kau berhenti berdegup.
Lalu kau mati.

5 ulasan:

  1. Coolio ah. Orang yang dah tau dia akan mti sebab racun ni dlm badan, still boleh tulis pasal ni. Aku cukup respek orang macam ni.

    BalasPadam
  2. Kahkah. Dalam proses weii.
    Tapi tak berkesan -.-

    BalasPadam
  3. tak payah bagitau aku hang dalam proses.
    dari dulu lagi dok dalam proses,
    aku mushkil proses apa.
    proses nak mati awal ka apa tatau?

    xoxo,Qid

    BalasPadam
  4. tempoh 6 tahun nak berenti.
    sekarang tinggal lagi 3 tahun ja.
    haha. dalam proses lah tu.

    BalasPadam
  5. lalu mati, tapi nak lagi :D

    BalasPadam