Rabu, 17 Ogos 2011

Never Leave a Question Without an Answer

Qid : Semua soalan mesti ada jawapan?

Aku : Mesti walaupun tersirat.


Qid ‎: "mesti ada hikmah nya tu .. " also can be classified as jawapan to all ques?


Aku : Itu general sangat.

Qid : Susah gila.

Aku : Subjektif kan?


Qid : Aah. Tapi dunia ni still ada orang orang yang suka biarkan soalan tu tergantung, dan terjawab sendiri. Macam mana tu? haizz

Aku : Tu okay lagi walaupun lambat. Ada yg bawak jawapan tu sampai dalam lubang kubur. Tak terjawab sampai ke sudah.


Qid : Dah masuk kubur, sesi bagi jawapan lah pulak.

Aku : Terkulat kulat nak menjawab nanti.


Qid : hahaha, dahla, aku lapar.

Aku : Pergi lah makan.

Qid : Tunggu kau la, sama2 bukak.

Aku : Jap aku sampai.

Hasil sembang2 dengan Qido. Maaf aku copy paste. Soalan. Persoalan. Question dalam bahasa omputeh. Setiap soalan mesti ada jawapan yg dah termaktub sama ada benda tu lojik atau tak terpulang kat masing2 punya akal untuk menafsir. Ya. Setiap soalan perlu dan wajib ada jawapan walaupun soalan retorik sekalipun. Jawapan tu penting sebagai solusi pada satu2 soalan.

Kalau kat sekolah dulu cikgu bagi soalan suruh cari jawapan. Ahhh. Aku cukup menyampah. Tambah2 subjek fizik, kimia dengan matematik tambahan. Kau bagi satu line yg bengkok nak suruh aku cari titik pusing, kamir bagai. Kejadah. Okay bukan benda ni aku nak merepek. Tapi kalau korang perasan lah. Hidup ni penuh dengan persoalan kan? Apa kau nak jadi nanti. Dengan siapa kau nak kawen nanti. Agak2 bila kau nak mati. Semua tu persoalan and oh yes. Memang ada jawapan untuk semua tu cuma kau kena tunggu bila masa dah sampai lah.

Kita manusia2 yg tak sempurna ni sering berusaha nak cari jawapan tu. Kadang2 benda tak pasti lagi kau dah sibuk2 nakkan jawapan. Benda ni boleh dilihat kebanyakannya pada pasangan2 yg hangat bercinta. Hehhh. Yg perempuan suka tanya si lelaki soalan2 yg entah ada kepastian atau tak macam ni. " yeww. yeww takkan tinggalkan aii kan? Janji?" okay itu menyampah dan yg si lelaki ni pulak dengan bodohnya berjanji. Eh come on lah. Kau baru couple dua tiga bulan dah nak janji2 sumpah bagai. Kalau dah kawen tu boleh terima lah jugak. Kau tahu tak yg kau dah berjanji pada benda yg tak pasti. Jodoh ajal semua kat tangan Tuhan tahu. Kalau Dia nak, bila2 masa Dia boleh bagi kau padam. Okay maaf kepada siapa2 yg bercinta. Tutup kes.

Ada jenis manusia yg jenis tak sabar2 nak bagi jawapan. Selalunya orang macam ni memang tak boleh simpan rahsia lah. Apa orang tanya laju ja kau jawab. Kadang2 tu benda yg kau tak tahu pun kau main hentam ja jawab. Kejadah apa macam tu. Jangan jadi bodoh sombong lah. Kalau kau tak tahu tu, diamkan dah lah. Bukannya mati pun kalau kau tak jawab. Ni tak. Kadang2 jawapan yg kau bagi tu bukan betul pun. Lepas tu jawapan bodoh kau tu orang ambik dan sebar. Dah jadi fitnah kan. Siapa yg berdosa? Oh yes. Kau. Tahniah.

Ada pulak jenis manusia yg tak suka bagi jawapan. Kalau ditanya apa2 dia diamkan ja. Tu tak apa lah jugak. Ni kalau yg jenis orang tanya lepas tu senyum dan dengan muka selambanya jawab "nanti kau tahu lah". Okay sumpah menyampah. Padahal mula2 kau yg sibuk2 bangkitkan benda tu. Bila ditanya kau cakap nanti. Okay tak semua macam tu dan aku pasti mesti ada sebab korang buat macam tu. Tapi tu lah. Kalau kau taknak bagitahu, why bother kan? Tapi aku ni jenis persistent brat sikit. Selagi aku tak dapat jawapan tu, aku akan tanya sampai orang naik menyampah. Ya. Aku mengaku aku annoying. Terima kasih.

Soalan dalam hidup ni semuanya subjektif. Banyak jawapan kau boleh bagi. Contoh macam feveret food kau. Sekarang mungkin kau cakap nasik ayam. Tahun depan kau cakap nasik goreng ayam pulak. Ehh wait. Ada beza ke? Tapi tu lah. Sering bertukar tukar. Manusia memang tak tetap pendirian kan. Tapi akan sampai satu tahap tu bila kau tiba kat satu titik pusing dalam hidup kau. Soalan yg kau dibagi dua pilihan ja. Lebih kurang macam objektif lah. Jawapan dah diberi. Tapi soalan tu berbeza untuk setiap individu. Soalan tu jugak lah yg akan paksa kau untuk berfikir dan  buat pertimbangan yg betul. Kalau kau salah pilih, tak kisah. Kau akan balik jugak kat jalan takdir yg sepatutnya. Tu pun kalau kau tak mampus lagi lah.

Dan ada jugak orang yg takut nak bagi jawapan. Sebab dia tak pasti jawapan yg dia bagi tu betul2 atas kehendak dia atau cuma based on mere feelings. Manusia. Selalu bertindak bodoh sebab perasaan. Ada yg mati sebab perasaan. Ada yg jadi mayat hidup sebab perasaan. Kalau kau tak pasti tu tak apa. Tunggu sampai kau betul2 pasti dulu. Tak kira lah benda tu ambik masa sebulan, setahun atau sepuluh tahun sekalipun. Janji kau betul2 yakin dengan perasaan dan jawapan kau. Jangan nanti kau bagi jawapan membabi buta lepas tu menyesal sudah.

Okay dah sudah aku merepek. Sebenarnya banyak lagi aku nak tulis tapi benda tu macam tersekat kat kepalahotak aku ni. Yelah. Memori otak 2kb ja. Mana mampu nak lawan yg 16GB tu. Ehhh. Abaikan. Dan harus lah kita berusaha untuk cari jawapan yg sebetul betulnya. Eh tak. Kita semua dah tahu jawapan tu. Yelah, soalan bocor dari seribuempatratus tahun lepas lagi. Yg jadi persoalan kat sini sama ada kita dapat tak nak jawab soalan yg Munkar Nakir tanya nanti. Haaaa. Itu yg kita tak tahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan