Khamis, 4 Jun 2015

hal-hal picisan

Hidup adalah fragmen-fragmen, pojok-pojok, atau bingkis-bingkis halus yang terbinanya sebuah keseluruhan. Tentu sekali, terlalu asyik pada salah satunya akan membuatkan kita terpelanting jauh dari realiti yang dihidupi--baik terhadap diri sendiri dan mereka yang intim di sekeliling, atau tanggungjawab kita kepada masyarakat. 

Erti, seperti yang diajarkan moden, harus datang sekali dengan kegunaannya. Seseorang, atau sesuatu, akan punya ertinya apabila ia mampu untuk membuatkan dirinya berguna. Lantas penyataan ini membuatkan kita terdiam sejenak. Apakah erti yang dipaksakan ini benar-benar mencerminkan realiti? Nyata, jawapannya begitu jauh dari pengiyaan.

Dalam bingit moden yang mementingkan pemaksaan keberertian ini, fragmen-fragmen kecil kehidupan nyata terpinggir--diredam jauh-jauh, malah didiamkan. Justeru, kebisuan-kebisuan yang berlegar di pinggiran dunia masyarakat terpaksa mencari jalan lain untuk bersuara.

Dan di sudut-sudut tersebut, kebisuan dilaungkan dengan kesunyian yang lantang--yang walaupun tidak sampai kepada ruang-ruang awam masyarakat, tetap saja menggugah kebejatan moden.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan