Khamis, 9 Julai 2015

"K"

Tidak sering sebuah fikiran menawarkan penyelesaian; tetapi picis-picis yang terhambur darinya, seperti kerja melarik, memerlukan kesabaran dan ketelitian untuk melawan kejemuan. Dan apakah hal yang menjemukan dalam berfikir? Ia tak pernah selesai.

Adapun pada suatu detik, ia cuba untuk menguis fikirannya ke tepi, upaya itu tidaklah dapat dijelmakan tanpa ia berfikir tentang bagaimana untuk menguis fikiran itu. Dan apakah buah fikiran yang sedang direncanakan ini, tidak lebih sekadar pengulangan fikiran-fikiran yang lalu? Sudah tentu serupa. Cuma yang sedang diucapkan ini barangkali sedikit berbeza dari pengucapan yang terdahulu.

Kisah ini bukanlah kisah yang terpisah dari akar kesejarahan seseorang. Biarpun ia sekadar mengatakan hal yang picis-picis, selagimana ianya berdiri dan mendirikan sebuah keseluruhan, ia tidak terelak untuk dibicarakan. Dan bagaimana, dengan penaakulan tajam masing-masing untuk mencerap fenomena, kita yakin bahawa hal yang bersapa di hadapan kita merupakan suatu yang nyata? Apabila ia mampu untuk langsung dalam sesebuah weltanschauung, dan dalam masa yang sama kekal utuh tanpanya.

Katakan, sebuah kisah tentang seorang mawar. Ia di hadapan temannya, berupa seorang pembicara; bagi musuhnya, ia seorang jalang; orang asing melihatnya sebagai kurang ajar; dan di hadapan cinta, ia seorang gila. Lantas, apa yang dapat kita tarik daripada empat keadaan ini dari sekian banyak keadaan lain yang berhadapan dengan gadis itu? Kenyataan seorang mawar adalah tersituasi mengikut konteks yang ia tempati pada satu-satu ketika. Seorang pembicara, jalang, kurang ajar, dan gila. Kesemuanya menandakan kenyataan seorang mawar, tetapi kenyataan-kenyataan itu tidaklah boleh disandarkan kepada erti keseluruhan seorang Mawar, atau Kenyataan, masing-masing dengan "M" atau "K" besar.

Namun, harus diawasi perspektif yang kita ambil dalam mendekati Kenyataan tersebut. Janganlah kita terjatuh ke dalam pemistifikasian ala Derridean; yang mengelubungkan kebenaran dengan jubah penangguhan. Atau kita juga barangkali boleh mengambil jarak dengan Lacan, yang mencari sebahagian dari kehadiran diri kita di dalam yang lain. Kedua-duanya meninggalkan kita dengan tugas hampa dalam mencari Kenyataan; mereka malah menolak Kenyataan jauh-jauh ke dalam lubang idealisme yang hanya mampu dicapai lewat angan-angan.

Sekalipun Kenyataan itu tidak dapat dikomunikasikan menerusi bahasa, ia tetap saja hadir sebagai suatu hal yang konkrit; tidak terpisah dari pengerjaan berterusan kita menuju keabadian.

Jumaat, 3 Julai 2015

ia bukan tautologi

Butir-butir harimu, walau akan melintas pergi seperti puing-puing yang dilarikan angin, atau buih-buih yang dihanyutkan kembali ombak, merupakan hal yang paling mustahak untuk dibicarakan. Kerana sekecil manapun kerikil itu, ia masih memegang hakikat yang mendirikan sebuah kehadiran--yang nyata, dan terbeban dengan kesejarahannya sendiri.

Khamis, 2 Julai 2015

khabar dari seberang laut

Sayang, apakah kamu telah menemukan perca-perca kenangan yang terhampar di sini? Jika benar, maka fikiran ini adalah untuk kamu; yang hampir-hampir memagut kewarasanku lewat kebingitan rindu ini.

Dan ketahuilah, sayangku... Kewujudan tidak pernah dapat dimengerti selagi ia masih wujud. Seperti halnya dengan cinta; yang diam-diam dirangkai dengan keluh-kesah dan ucapan kasih, tanpa diketahui mengapa dan untuk apa--sehingga ia tidak lagi hadir. Tapi itu sungguh kelihatan mustahil. Kerana cinta tak pernah meninggalkan.

Selasa, 23 Jun 2015

'kewujudan kita adalah keterlanjuran untuk hidup'

Sejauh keimanan dicanangkan, tidak ada lagi yang benar-benar merangkul kemurnian tujuannya. Iman--seperti apa yang mereka dakwa--adalah saduran; palit-palit yang menutup kebuasan kekuasaan. Petang tadi ketika menunggu masuknya waktu, masing-masing antara kami dilontarkan dengan persoalan tujuan--sebab, punca, atau apa saja yang menentukan letak-duduk seseorang.

Salah seorang temanku mengamati tujuan, atau apa yang teman seorang lagi bahaskan sebagai cause, sebagai titik asal-mula kejadian. Kelahiran, kewujudan, dan kehidupan kita adalah kesan daripada sebab tersebut. Kelahiran kita adalah disebabkan oleh persetubuhan ibubapa kita, kelahiran ibubapa kita adalah hasil persetubuhan ibubapa mereka, dan begitulah seterusnya. Hal yang serupa juga, bagi saya, tertanam dalam tatanan masyarakat. Nilai-nilai yang kita anuti merupakan hasil hubungan-hubungan rencam yang berlangsung pada ketika ini--yang tidak dapat tidak, adalah jelaga dari masa lalu.

Kewujudan digerakkan oleh kerinduan akan Sebab-yang-Tunggal. Sepanjang hidupnya, manusia akan terus-terusan menggali asal-mula kejadiannya, sampai kepada sebuah sebab yang tidak dapat lagi dijelaskan sebabnya. Ramai antaranya yang berpuas hati dengan Tuhan sebagai jawapan. Benarkah?

Daya gerak seorang manusia termaktub dalam hubungannya dengan alam materialnya. Justeru, jika Tuhan itu berdiri atas keluhuran material, maka saya akan menerimanya dengan sukacita. Namun, Tuhan sering diletakkan sebagai ketinggian yang tidak mungkin dicapai; dan apa yang lebih mengecewakan, ia dikelubungkan dengan jenaka-jenaka tidak masuk akal perawi-perawi palsu.

Apakah Tuhan itu wujud? Pada saya, ianya bergantung kepada bagaimana anda menanggapi Tuhan itu sendiri.

Tuhan, untuk saya, ialah segala sesuatu yang mendorong saya untuk terus langsung. Ia tidak bersemayam dalam menara angan-angan melainkan berjejak bersama kita di alam yang serba nyata ini. Seperti ketikanya saya tersungkur dengan sebuah kehilangan, yang memapah saya kembali bukanlah Tuhan yang diangan-angankan dalam mimpi, melainkan Tuhan yang sentiasa hadir dalam kewujudan-kewujudan di sekeliling saya.

Ahad, 14 Jun 2015

of trust, misfortune, and the love of Anna

Hate; as one would often attach it with a specter of betrayal. A trust once given, now means nothing. And Anna had taught me, that love is always already unconditional, but cease to be one when it hurts too much; so much that the pain--even love could not comprehend.

Jumaat, 12 Jun 2015

of colors, the forgotten, and remembering

Red has always been orange
all along; and since when
we started to forget?

That blue was once purple

As white as black 
could be

and as black as white 
had always been.

Isnin, 8 Jun 2015

excerpt from After the Canaries, a fragment in Senora Rodriguez and Other Worlds

Then things began to turn up missing. First it was the milk, and Adela said, after a prolonged "Maam," which made me think she would say no more, "they stole the milk."

"Who?" I asked surprised.

"Someone who is not afraid of God," she said in judgment, terminating her explanation.