Sayang, apakah kamu telah menemukan perca-perca kenangan yang terhampar di sini? Jika benar, maka fikiran ini adalah untuk kamu; yang hampir-hampir memagut kewarasanku lewat kebingitan rindu ini.
Dan ketahuilah, sayangku... Kewujudan tidak pernah dapat dimengerti selagi ia masih wujud. Seperti halnya dengan cinta; yang diam-diam dirangkai dengan keluh-kesah dan ucapan kasih, tanpa diketahui mengapa dan untuk apa--sehingga ia tidak lagi hadir. Tapi itu sungguh kelihatan mustahil. Kerana cinta tak pernah meninggalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan