Kebebasan warga, tutur Locke, merupakan perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam bernegara. Negara, dengan segala keupayaan yang dimilikinya, harus dikekang - baik dengan suara, tindakan, mahupun niat.
Warga hadir terlebih dahulu sebelum Negara, kerana tidak ada Negara yang mampu berdiri dengan utuh tanpa pengakuan daripada warganya.
Justeru, himpitan-himpitan kebebasan dan hak asasi yang membelenggu ini harus dipecahkan. Kita mengambil struktur Inggeris, tetapi tidak budayanya. Bukan. Bukan keinginan kita untuk mengambil sepenuhnya gagasan Inggeris tersebut, tetapi bukan kah kebebasan itu merupakan perkara paling pokok dalam setiap perbahasan tamadun?
Tulis Pak Samad dalam Hujan Pagi, "Apakah peranan akhbar saudara itu 'pengghairah', 'pelapor', 'pendakwah', atau 'pengekor'?".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan