Seorang gila yang memegang lantera
merempuh pasar di siang hari.
Kita pernah mendengarnya di mana-mana.
Kegilaan yang berdiri sebagai penyata
akan sebuah kematian intuisi.
Fajar yang terbenam di ufuk zaman.
Di masa yang kacau-bilau ini,
minda menjadi pemain utama
yang menggerakkan manusia.
Mereka menyangkakan ia sebagai kemajuan.
Lantas dengan megah mereka membunuh nurani;
kepercayaan diikat pada fakta-fakta
yang dilaporkan oleh penganut kuasa.
Kita diceritakan lagi tentang kedatangan Zarathustra.
Sebuah kewujudan yang sungguh-sungguh mengujakan!
Janji-janji tentang kesempurnaan;
jalan kepada seorang penguasa.
sepertimana mereka mencela kematian.
Barangkali, Zarathustra cuma sebuah karakter
yang direka secara sinis untuk memerihalkan
manusia-manusia yang diperangkap penipuan.
Sindiran pedas terhadap erti kejujuran
lewat manusia yang sering terlupa bahawa;
Doa juga merupakan suatu tindakan revolusioner.
Ia bukan ratapan,
tetapi suatu tindakan melawan;
suatu penegasan tentang sebuah kewujudan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan