Khamis, 27 Disember 2012

Dunia yang hanya kepunyaan kita.

Di atas katil itu,
aku dan kamu,
sama sama hanyut
dalam sebuah dunia baru.


Sabtu, 22 Disember 2012

United Kingdom of Monkeys

Samun, ragut, gangguan seksual, siling runtuh, tanah runtuh, susur gajah runtuh, kebakaran, lubang sana sini, lopak, pembinaan, etsetera etsetera etsetera.

Pusat pengajian ini memang kool.


Rabu, 19 Disember 2012

Jibril yang tersenyum

Kata seharusnya indah, yang
membuai nyata ke dalam mimpi.
Dan kamu, itu selalunya indah,
menutur kata yang tak putus
dengan senyuman.

Rabu, 5 Disember 2012

sahabat jauh

Sudah agak lama kiranya tidak mendapat perkhabaran dari Nashville. Apa kamu baik baik saja di sana? Lama tidak bertegur sapa dengan kamu. Rindu.


pascaskrip : pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas :p

Ahad, 2 Disember 2012

petang sabtu minggu lalu

Hujan dan ia menarik aku ke dalam kenangan kita, di bawah payung merah jambu, seminggu yang lalu.

Rabu, 21 November 2012

hilang

Barangkali
yang disisih waktu
dan yang ditelan ruang
itu Aku.

Jumaat, 16 November 2012

Khamis, 15 November 2012

waktu yang terlewati


"Aku ingin memelukmu", perlahan aku ucap patah patah kata itu. Tenang.

Dia memandang aku sekilas. Matanya masih menatap susunan prosa yang bersimpang siur maknanya. Kecamuk, seperti juga fikirannya.

"Peluk lah aku, sepertimana kamu memeluk dunia. Peluk lah aku, sepertimana Tuhan memeluk mimpi mimpi kita", balasnya, juga perlahan.

"Kamu dunia aku. Malah, mimpiku juga ditemani kamu saban malam", aku menatap wajah redup kepunyaannya.

Malam itu, kami berjalan bersama, menelusuri jalan jalan gelap yang tak berkelibat. Aku dan dia, sama sama punya kebergantungan yang tak kunjung pasti. Sebuah pergantungan yang samar dan meresahkan, tetapi sangat mendamaikan.

"Kamu fikir, kita masih punya waktu?", dia mengelus rambut ikalnya. Aku, yang berdiri di sisi seperti disihir. Langsung terpukau.

Aku terdiam sejenak. Cuba menyelami pertanyaannya. Terbayang di benakku akan lohong hitam yang menunggu di hadapan. Menanti untuk menelan aku dan dia, "Aku kira, wajar lah yang di hadapan itu dibiarkan begitu. Iya. Selagi aku bersama kamu, dan selagi kamu masih di sisi aku, waktu itu sememangnya kepunyaan kita".

bayang

Dan ketika yang satu
itu memeluk semua,
menjadi bahagian darinya.

Isnin, 5 November 2012

mengingati 5 November

Meruntuhkan simbol. Setiap satu daripada mereka.

tahun baru yang sunyi



"Moga doa ku melindungi mu.
Walau ke mana kamu pergi, masih berada dalam sentuhan Tuhan"

Jumaat, 26 Oktober 2012

untuk Jibril

Liuk lentuk
abjad yang tersusun
membentuk patah. Terlahir
daripadanya sepotong
kumpulan kata yang
diungkap persona.

Ia punya bentuk
yang tak terlihat,
terpasak kukuh dalam
sebuah memori yang
tak tersentuh.
Hanya mampu didengari.

Mawar biru itu
mungkin sudah layu,
kelopaknya kering dan
mereput lalu gugur
memeluk bumi.

Tapi mawar itu
tak pernah mati. Ia
terus hidup dalam
setiap yang bertumbuh,
terus melayang
dalam hela angin
yang asyik menyapa.

Kata tak mampu
mengungkap bisikan
si mawar biru.
Kata juga tak mampu
menzahir getar rinci
degup hati yang
tak terperi.

Yang mampu kata
hadirkan cuma lah
bait bait lompang,
yang berselang seli
dan saling menyantuni.

Moganya.. Jibril mengerti.

Rabu, 24 Oktober 2012

bahasa

Kata yang terlahir
itu seperti sungai
yang terus mengalir,
tak pernah terurai.

Isnin, 22 Oktober 2012

Isnin, 15 Oktober 2012

dialektika cinta

Aku tesis, kamu anti-tesis, lalu menghasilkan satu sintesis berupa kisah aku dan kamu.

Selasa, 2 Oktober 2012

kepergian

Kematian merupakan hal yang paling intim dengan manusia, tidak akan pernah terlepas dan tidak akan pernah terpegang.

Khamis, 27 September 2012

kerna sebuah 'kebetulan'

Kebetulan. Boleh jadi, ia satu kesilapan atau mungkin juga satu ke-betul-an. Dan bagaimana suatu kebetulan itu terjadi? Itu lah kebetulan.

Aku kira, kebetulan dan takdir itu merupakan hal yang sama. Manusia hanya mampu merancang tetapi yang memungkinkan semua itu adalah kebetulan. 

Jika begitu, maknanya kebetulan itu ialah Tuhan?

Mungkin ya, dan mungkin juga tidak. Kebetulan sememangnya hal yang berada di luar gapaian manusia tetapi ia tidak lah sampai kepada menyerupai Tuhan. Malah, kebetulan barangkali suatu hal tidak rasional yang rasional. Surreal.

Tak faham? Mari sini aku terangkan serba sedikit.

Kebetulan yang paling mudah - sebuah perkenalan. Manusia tidak pernah merancang untuk berkenalan dengan manusia lain yang tidak pernah mereka kenali. Ya, kebetulan! Manusia berkenalan, bertemu dan mungkin juga jatuh cinta atas ihsan kebetulan. Yang terlahir daripada kebetulan, itu lah perasaan. Dan manusia juga berpisah kerna kebetulan.

Nah. Sudah kamu nampak? Yang menjadi tidak rasional di sini adalah kebetulan. Ketika kamu menemui hal yang tidak pernah kamu fikirkan selama ini. Kamu akan menjadi resah dengan kebetulan. Resah yang melahirkan keterujaan atau boleh jadi, ketakutan. Perihal manusia ini, mereka sering gundah dengan hal yang tidak diketahui, membuatkan manusia terus mencari.

Dan rasionalnya kebetulan ini adalah apabila manusia tersebut mula mengenali hal hal yang tidak diketahuinya sebelum itu. Hal asing yang menjadi intim dengan diri. Mereka mendalami, cuba menguraikan ketidakpastian-ketidakpastian yang hadir kepada sebuah kepastian yang nyata. Dan dengan kebetulan juga, mereka mungkin akan menemui jawapannya.

Aku kira, begitu juga halnya dengan cinta. Kamu itu berkenalan dengan dia kerna kebetulan. Kamu menjadi resah, gelisah. Mahu mengenali dia yang merupakan suatu hal yang asing bagi kamu - sebuah ketidakpastian. Semakin lama, kamu dan dia menjadi intim. Mungkin masih banyak misteri yang tidak diungkai, tetapi kamu sudah mengenali dia. Kenal dalam erti kata kamu sudah faham serba sedikit tentang dia. Jadi, resah kamu itu akan beralih kepada hal hal yang lain (tetapi masih meliputi ruang antara kamu dan dia).

Mungkin, suatu hari nanti kamu berdua akan berpisah. Dan hal hal yang memisahkan kamu dengan dia juga adalah kebetulan. Kerna mungkin ia datang dari kamu, atau dia atau mungkin juga datang dari luar ruang antara kamu berdua.

Sememangnya, manusia punya pilihan tetapi pilihan manusia juga barangkali ditentukan oleh kebetulan. Dan pada aku, kebetulan bukan lah hal yang asing bagi manusia dan jangan pula kamu menolak kebetulan. Aku galau yang kamu mungkin akan terjatuh ke dalam lembah keterasingan.

Barangkali, hal yang paling betul ialah kebetulan.

Isnin, 27 Ogos 2012

sekali lagi

Setiap masa, kamu itu hadir dalam aku. Sejenak, kamu itu muncul menemui aku. Seketika, kamu itu duduk di sebelah aku. Sesaat, mata aku menangkap lirik mata kamu.

Ya. Mata jernih yang bercahaya. Buat aku terpesona. Tak jemu aku merenungnya.

Siapa kamu? Apa yang telah kamu lakukan pada aku?

Kerna rasa itu terlalu kuat meski aku cuba untuk menafikannya. Aku kira, aku ini sudah penat berlari. Berlari dari kamu. Semakin aku cuba menjauh, semakin kamu rapat dengan aku. Makin laju aku berlari, makin kuat pegangan tangan kamu.

Kamu itu umpama siluet. Yang datang menyapa dan kekal berpusing dalam aku. Tidak mahu melepaskan aku pergi. Atau mungkin, aku ini yang tidak mahu melepaskan kamu? 

Entah. Sering aku bermimpi akan kamu. Kamu, empunya mata bercahaya.

Ingat lagi? Kita pernah duduk bertentang mata hampir dua jam lamanya tanpa hampir berkata kata. Pada aku, kamu mungkin bosan. Dan pada kamu, aku mungkin bosan. Serasanya, bosan bukan perkataan yang sesuai.

Asyik.

Ya. Sedikit bosan mungkin. Tapi kata tidak dapat mengungkap rasa. Kamu tahu itu kan? Tidak tidak tidak. Kita berdua tahu rasa itu. Kerna rasa tak pernah berdusta. Aku itu kamu dan kamu itu aku. Saling punya sesuatu.

"Sampai bila mahu berlari?". Soalan kamu itu buat aku kelu. Kerna aku tidak pernah cuba berlari dari kamu. Sentiasa pada kamu. Mungkin bukan sekarang, atau mungkin bukan nanti. Aku sendiri tidak pasti. Tapi jauh di lubuk hati, aku berharap masa itu akan ada untuk kita.

Boleh aku curi waktu kamu? Hanya seminit aku pinta. 
 
Masih kamu ingat tentang ini? Aku tidak mahu seminit kamu. Kalau boleh, aku mahu curi seluruh waktu kamu. Hingga sampai suatu waktu di mana aku dan kamu hanya tinggal sekujur jasad yang kaku.

Aku mahu tahu kesemua cerita kamu. Malah, aku mahu mencoret cerita aku bersama kamu. Cerita yang penuh suka dan duka. Cerita yang kamu pendamkan.

Ya. Apa kamu kira aku tidak peduli? Berfikir buat aku sedar yang aku ini wujud, berjalan di atas lapangan alam ini. Dan seringkali, aku berfikir. Dan fikiran aku itu melayang kepada kamu.

Masih ingat malam itu? Kita makan malam bersama. Aku jemput kamu dengan kaki. Sangat tidak kacak bukan? Haha. Apa pun, aku bahagia. Dan harapnya, kamu juga begitu.
 
Seminit lagi. Harap kamu bersabar ya. Tidak lama. Cuma seminit saja lagi. Beri ruang kepada aku sepertimana kamu beri sebelum ini. Tolong ya.

Seperti kebiasaan, menjengkelkan. Maaf maaf maaf. Itu tabiat buruk yang sudah sebati dan tidak boleh dikikis lagi. Mungkin. Pun begitu, aku seperti budak lelaki baik, sopan dan comel pabila bersama kamu bukan? Haha. Sebenarnya, kata yang keluar dari mulut kamu boleh tahan pedasnya. Kamu banyak membisu, tapi sangat sangat pedas. Tak tertahan nak menanggungnya.

Kamu. Aku mohon maaf. Sering mengecewakan kamu dan membiarkan kamu sendirian. Hal yang sebenar, aku ini bukan keliru. Aku percaya dengan rasa itu. Cumanya.. Entah lah. Aku sendiri tidak tahu. Aku menunggu. Dengan harapan, kamu akan memberitahu aku. Apa sebenarnya rasa itu? Apa yang aku percaya selama ini. Pada apa aku dan kamu itu berpegang?

Aku kira, kamu pasti sudah letih menunggu. Nasihat aku, kadang kita perlu juga menjadi seorang pengejar yang ghairah daripada menjadi seorang penunggu yang setia.

Sekali lagi. Sepertinya agak mustahil. Tetapi, aku mahu cuba. Mungkin bukan sekarang, mungkin bukan esok atau minggu depan. Mungkin juga bukan bulan depan atau tahun depan. Sekali lagi. Itu sahaja dari aku. 

Kerna aku percaya yang rasa itu tidak pernah berdusta pada kita berdua. 
 
 
D.

"Saya ada satu minit. Saya percaya kamu pun sama. Sekurang kurangnya, seminit saya gunakan untuk melayang. Malangnya, sebab saya baru curi seminit kamu."

Ahad, 12 Ogos 2012

Jumaat, 3 Ogos 2012

bayang

kala senja,
angin menderu,
siluet menyapa,
menikam kalbu.

Khamis, 2 Ogos 2012

naik

Semester lepas banyak betul main, tapi keputusan meningkat. Jadi, perlu lebih banyak bermain dalam belajar baru cemerlang. Begitu?

Jumaat, 20 Julai 2012

Promosi

Jika punya kelapangan, datang lah berkunjung ke laman Gagalist. Punya penulis yang handal belaka termasuk aku. 

kah kah kah

Khamis, 12 Julai 2012

Itu Cinta, Ini Kita

Cinta itu irasional, tapi cinta bisa jadi rasional ketika kita menggabungkan antara logika, perasaan dan realitas.

- Reva.

Jumaat, 6 Julai 2012

lemas

Moganya, suatu hari nanti akan ada Manusia yang mampu selamatkan aku, kamu, dia dan mereka yang lemas dalam pelukan dunya.

pernah, masih, akan..

Sepertinya, aku dan kamu itu masing masing terperangkap dalam dua ruang yang dampak dan tidak. Masing masing cuba merungkai persoalan rumit yang berpusing dalam ruang yang 'tiada dan ada' serta cuba berpijak dalam ruang yang nyata. Hakikatnya, walau kita masing masing cuba melangkah dengan 'apa yang ada' serta menuju kepada 'apa yang harus ada' tetapi kita juga masih berlegar dalam 'apa yang telah ada' itu sendiri. Aku bingung dan aku kira, kamu juga begitu. 

Soalnya di sini, apakah kita masing masing mampu berpegang dengan apa yang ada sekarang dan berjaya gapai apa yang harus ada di depan di samping cuba mencari jalan keluar daripada apa yang telah ada dahulu?

Moganya, aku dan kamu.. mampu kecap semua itu bersama.

Jumaat, 22 Jun 2012

jumpa

Berlari
melihat
terus berlari
kejar
 
 
Penat
 
 
Duduk
mendengar
terus duduk
tunggu
 
 
Bosan
 
 
Pejam
merasa
terus pejam
cari
 
 
Kecewa
 
 
Berjalan
meneroka
terus berjalan
temui mimpi.

Jumaat, 15 Jun 2012

Cetera Duabelas

"Bagaimana untuk kita melihat?"

Diam.

"Kamu rasa semua mereka mendengar?"

Diam.

"Kamu dan mereka boleh merasa?"

Diam.

"Mahu ikut saya cari itu?"

Diam.

"Aku dah bosan bercakap dengan patung."

Rabu, 13 Jun 2012

mencipta makna baru

Dia menggenggam merpati putih di tangan kanan dan gagak hitam di tangan kiri. Kedua ekor burung itu lantas dibunuh dengan sepi.

Jumaat, 8 Jun 2012

satu dan semua

Dalam gundah ada damai dan dalam damai ada gundah. Dalam satu itu ada pertentangan antara dua.

mana jalannya?

Apakah manusia itu sebenarnya merupakan hal yang tak pernah dan tak akan selesai?

jalan tengah

Surga dan neraka. Apa yang berada di tengah antara keduanya?

untuk apa?

Apakah transaksi seharian itu adalah sekadar untuk keperluan atau satu ritual penyembahan buat tuhan konsumerisme?

Khamis, 7 Jun 2012

Cetera Sebelas

"Siapa kau?"

"Aku seorang paderi."

"Apa agama kau?"

"Agama aku itu cinta."

antara apa dengan apa

Apakah kita terlalu melihat pada 'apa yang harus ada' atau kita terlalu berpegang pada 'apa yang telah ada' dalam menentukan aturan aturan hidup?

K yang besar

Fikir.. kebenaran kebenaran yang dibenarkan itu, adakah ia benar benar Kebenaran atau Kebenaran itu sebenarnya yang tidak benar?

Hal hal yang takkan selesai.

hijab

Kadang aku tertanya tanya. Adakah gadis berhijab itu sebenarnya tersesat, masih mencari atau sudah jumpa diri mereka?

Selasa, 5 Jun 2012

aturan aturan

Apakah manusia itu sekadar satu kesilapan tuhan atau tuhan itu sekadar satu kesilapan manusia?

Isnin, 28 Mei 2012

aku ini bukan aku itu

Duduk termenung sambil merokok, menjadi seorang yang romantis sebentar. Memandang ke depan, tapi ingatan jauh ke belakang. Memutar kembali memori memori silam mengikut susur masa secara teratur.

Melihat kembali liku liku yang ditelusuri oleh aku selaku seorang juara antara juara. Ya. Juara antara jutaaan juara yang lain. Saling berbalah, berlumba dan bersaing dalam perjuangan untuk menembusi satu kubu yang ampuh dalam menjadi seorang aku yang berdiri sekarang.

Seperti juara juara yang lain, tatanan hidup aku tidak lah lengkap, malah jauh daripada sempurna. Sangat berterabur aku kira. Kadang pernah sesekali terdetik, bagaimana jika bukan aku yang berjaya duapuluh tahun sembilan bulan dahulu? Apakah aku itu tidak seperti aku yang sekarang? Bagaimana cara aku yang itu? Adakah aku yang itu jauh berbeda dengan aku yang sekarang?

Persoalan persoalan yang timbul itu bisa buat aku sakit kepala. Pening mengukur nada hidup aku dengan aku yang itu. Ah, persetankan semua itu. Aku ini juara. Mereka itu semua gagal. Mungkin aku bernasib baik dalam pergulatan merebut tempat. Pergi mampus dengan semua itu. Ini aku, bukan aku yang itu.

Seringkali aku berfikir. Melihat ke depan, lalu menjengah ke belakang. Aku juga tidak lupa untuk melihat yang sekeliling. Bukan apa, walau aku persetankan semua yang di sekeliling tapi tak bermakna aku tak ambil pusing. Cumanya, aku jarang mahu kira. Orang kata, mulut mulut juara ini tak boleh ditutup. Orang kata lagi, kalau kau terlalu ambil pusing apa juara juara lain perkatakan, kau lebih baik pergi mampus saja.

Dalam hidup aku, aku berusaha untuk menjaga nilai diri aku dalam tiga wilayah ; Tuhan, manusiawi dan alamiah. Aku bukan seorang yang semulajadi hebat dan aku tak suka dilihat seperti itu. Mungkin kerna itu, aku tidak terlalu berusaha. Atau aku ini sememangnya seorang juara dalam bermalasan? Haha. Itu bukan perkara pokok. Bagi aku, tidak kira dalam wilayah apa pun antara tiga itu, aku perlu ada keseimbangan. Tidak terlalu melampau dan tidak terlalu kurang. Bersederhana bak kata juara juara zuhud. Ha.. Ha.. Ha..

Tapi aku tetap bersyukur. Dalam tatanan yang serba serbi kurang ini, aku masih mampu melihat. Aku masih mampu untuk merasa, mendengar dan menyentuh 'hal hal' yang aku kira, ramai juara lain tolak tepi. Cuma yang mampu aku tadah tangan pada Langit, harapnya aku tidak akan dibutakan dengan dunya hingga aku gagal melihat 'hal hal' tersebut. Jika aku turut dibutakan, maknanya aku sudah mengkhianati juara juara lain yang gugur dupuluh tahun sembilan bulan yang sudah. Demi mereka semua, aku akan terus melihat dan harapnya, aku dapat berjumpa dengan mereka suatu masa nanti.

Oh ya. Buat mak dan abah, terima kasih atas senggama kalian dahulu. Tanpa kalian, siapa lah aku ini.


pascaskrip : angka lahir aku hujungnya tujuh dan baru sampai ke pengetahuan aku sebentar tadi yang aku berkongsi horoskop yang sama dengan dewa. patut lah gagal.

Selasa, 22 Mei 2012

paradoks hidup

Sibuk bicara soal cinta dengan rakan rakan. Dapat satu panggilan. Ya, masalah cinta.

Khamis, 17 Mei 2012

Solstis

Dia di sini kamu di sana
Dalam garisan  penghujung tiada
Sampai satu titik kiraan masa
Jauhnya mereka tidak bersama.
 
Gugur angkasa kerna badai
Awan memalu menangis pilu
Dihiris sembilu hati berkecai
Merah memercik mengotor salju.

Lalang ditiup buluh bergoyang
Runtuh pagoda murka maharaja
Awan dan badai bersatu garang
Membentuk maha tidak bernama.

Api membakar bahang terasa
Berserak salji sejuk membeku
Bumi bergoncang langit merana
Umat manusia diam terkaku.


Rabu, 16 Mei 2012

Cetera Sepuluh

"Apa yang kau nak?"

"Aku nak bebas."

"Bila kau nak?"

"Bila jasad aku sudah terpenjara."

"Bagaimana kau nak bebas?"

"Aku akan berbaring, pejam mata, pergi merantau ke seluruh pelosok tempat yang aku suka, aku nak berehat di sana. Ah, bebas."

"Aku tak faham. Kau baring, pejam mata dan kau boleh pergi bersukaria ke mana saja?"

"Mudah. Kau pun boleh buat."

"Bagaimana?"

"Kau cuma perlu ada 'keterjangkauan' itu."

Isnin, 14 Mei 2012

Cetera Sembilan

"Aku penat berfikir."

"Jadi, berhenti lah berfikir."

"Apa kau gila?"

"Jika berfikir buat kau penat, kenapa kau masih berfikir?"

"Fikir aku, itu bebas."

"Bebas bagaimana yang kau maksudkan?"

"Fikir aku, bebas ke mana saja."

"Ke mana kau mahu pergi?"

"Fikir aku, ke mana saja yang buat aku bebas."

"Kau ni gila lah."

"Aku gila. Habis kau?"

"Kau ni memenatkan aku."

"Aku tak buat apa apa pun."

"Fikiran kau buat aku berfikir dan aku penat."

"Jadi, berhenti lah berfikir."





Selasa, 8 Mei 2012

melangkah atau berpaling?





Buat sahabat, aku kongsikan ini dengan kamu. Doa aku, moga kamu dapat buat keputusan yang terbaik demi kebahagiaan kamu dan dia.

Isnin, 7 Mei 2012

Aku, Kamu itu Kita

Ku kira kamu itu suka. Suka kamu pada cerita. Cerita aku kepada kamu. Kamu tulis untuk aku. Ku kirim kamu satu lagu. Lagu ikhlas tentang aku. Aku itu kamu. Kamu itu aku. Aku dan kamu, menjadi satu.

balasan Langit

Dia bertekuk lutut di atas sebuah tebing sambil mendongak ke Langit, menadah tangan seraya berdoa supaya Langit melaknat dan menimpakan celaka ke atas manusia yang telah menyakitinya. Sekilas, dia ditembusi satu pancaran cahya disusuli bunyi yang menggoncang. Dia terkujur kaku, terbeliak memandang Langit. Maka termakbul lah doa dia.

Sabtu, 5 Mei 2012

Pasca Gelap

Hari ini ulangtahun kelahiran yang ke-194 buat Karl Heinrich Marx. Gundah dengan cengkaman dan penindasan yang dilakukan borjuis, beliau dengan gigih mengkaji sistem ekonomi sedia ada dan hadir dengan satu model baru bernama sosialisme. Kini, buah fikiran Marx itu telah menjadi seteru tradisi buat para kapitalis pasca kegelapan. Pada era manusia mesin ini, dua model agung kekal berbalah, mencari pemenang tunggal.

Jumaat, 4 Mei 2012

Melayang

Aku duduk melakar pemandangan. Duduk mencoret pemikiran. Tapi pandang aku, fikir aku.. yang terbayang itu kamu.

Isnin, 30 April 2012

Untuk Kamu..

Mata itu ada dua
Satu melihat dunya
sampai hujung horizon
yang penuh dusta
Satu lagi melihat jiwa
tidak nyata tiada sempadan
tapi tulusnya dirasa

Kamu
itu sebenarnya dunya
Boleh ku lihat wajahmu
tika kamu senyum tersipu
Boleh ku dengar suaramu
tika kamu galak menutur
Boleh ku sentuh tanganmu
buat kamu segan dan silu

Kamu
itu juga jiwa
Tidak dilihat
didengar disentuh
Tapi aku percaya
jiwa itu wujud dan ada
Berdiri dalam satu ruang
jauh merentas kontinuum masa

Cumanya...
Aku harap dunya
dan jiwa itu
Punya ruang untuk aku.

Isnin, 23 April 2012

Mula Bernafas

...dan dewa itu meninggalkan abadi demi mengejar cinta seorang Manusia.

Sabtu, 14 April 2012

7 Petola Cinta

"Assalamualaikum, cinta."

"Waalaikumsalam, rindu."

*facepalm*

"Lepaskan aku" ...

Dari kejauhan, di hujung sebatang lorong gelap dan bersebelahan dengan longkang yang busuk, berdiri seorang lelaki berpakaian lusuh. Sekejap duduk, sekejap berdiri silih berganti. Kadang, terukir senyuman di bibir lelaki tersebut. Dia kelihatan hanyut dalam satu perbualan panjang yang tak berkesudahan. Perbualan indah dengan seorang gadis yang sangat dicintai.

Khamis, 12 April 2012

Rasional-Instrumental

Dasar pendidikan kita adalah kepatuhan
Bukan pertukaran pikiran
Ilmu sekolah adalah ilmu hafalan
dan bukan ilmu latihan menguraikan.



- W. S. Rendra.

Cetera Lapan

"Kau okay?" Iz memulakan bicara.

Lin mengangkat muka untuk menatap tuan empunya suara yang bertanya. Seraut wajah yang tidak ingin dipandangnya setahun yang lepas.

"Erm.. Okay je." Jawab Lin pendek.

"Bangun lah. Kotor tempat kau duduk tu. Kau buat apa tepi longkang sorang sorang ni?"

"Aku tak tahu nak ke mana." Lin bangun sambil menyapu belakang seluarnya.

"Kenapa pula? Banyak tempat lagi kau boleh pergi selain duduk tepi longkang ni kan."

"Aku mana boleh pergi mana mana pun."

Iz merenung Lin kehairanan. Raut wajah gadis yang telah mencuri hatinya setahun yang lalu kelihatan sedikit pucat. Dia masih ingat bagaimana bencinya Lin terhadapnya suatu ketika dulu. Semua gara gara perangainya yang menjengkelkan, buat Lin menyampah. Tapi itu dulu.. Sekarang Lin sudah jadi miliknya yang satu.

"Kau nak makan? Jom aku belanja."

"Kau tahu kan Iz. Aku tak boleh lapar." Jawab Lin lemah.

"Tak boleh lapar? Kau jangan merepek lah. Setiap manusia akan rasa lapar. Itu sifat semulajadi kita."

"Kau ingat tak macam mana kita jumpa buat pertama kali dulu?"

"Masakan aku lupa. Dah terpahat dalam memori aku setiap cerita tentang kau dan aku. Kenapa kau tanya?"

"Saja. Aku tak ingat macam mana kita jumpa dulu."

Iz sedikit kecil hati. Tapi dibenamkan perasaan itu jauh ke dalam demi seorang wanita yang amat dikasihi.

"Kalau kau tak ingat, mari aku ceritakan." 

"Hmm.. Aku dengar ni."

"Kita pertama kali jumpa bila aku terlanggar kau dekat satu kedai buku dalam pasar Chowrasta. Habis berterabur buku kau masa tu. Banyak juga lah binatang yang terkeluar dari mulut kau. Pedih telinga aku."

"Hahaha. Siapa suruh kau langgar aku. Sakit tahu."

"Sejak dari hari tu, kita rajin terjumpa dekat kedai buku tu. Aku ke sana hampir setiap minggu. Kau pun sama juga. Tapi itu lah, kau macam tak sanggup nak pandang muka aku je."

Lin mencebik. "Yelah. Dah setiap masa kau tersengih macam kerang busuk ke aku. Mau tak menyampah. Rasa macam nak bagi pelempang saguhati je."

"Amboi mulut kau. Tapi aku tahu, benci benci kau pun, kau suka ke aku kan?"

Jawapan Iz buat mimik muka Lin bertukar menyampah. "Ah, kau. Tak habis habis nak perasan. Please lah."

"Dah terbukti pun kan sekarang. Takkan kau nak nafi lagi."

"Hmmm. Memang betul pun."

"Apa yang betul?"

"Aku sayangkan kau."

"Aku sayangkan kau juga."

"Iz.. Aku ada satu soalan nak tanya kau. Boleh?"

"Tanya lah."

"Bila kau nak lepaskan aku pergi?"


Rabu, 11 April 2012

Cetera Tujuh

"Kau nak ke mana tu?"

"Aku nak ke satu tempat, yang di hujungnya ada pintu untuk masuk ke tengah."

"Kau nak buat apa ke sana?"

"Aku nak cari Tuhan."

pantun selamat malam

Bulat cerah di kala malam
Bintik bersinar lekat melata
Bulan bintang ucap salam
Peneman tidur awak dan saya.

Isnin, 9 April 2012

bukan tambah tolak, tapi darab bahagi

Lelaki sedang duduk di atas bangku sebuah tasik berhadapan Amcorp Mall, Petaling Jaya. Dia sedang menangis seorang diri ditemani burung burung yang rancak berkicau di saat mega suria muncul seolah langit berdarah, turut merasai keperitan hatinya. 
 
Sudah menjadi rutin baginya untuk datang ke tasik itu dan duduk di bangku itu setiap hari untuk menangis. Dia tak pernah penat atau lelah untuk menangis. Baginya, bahasa tak dapat menjadi perantara untuk menghamburkan setiap cebis perasaan yang terbuku di hati. 
 
Dari kejauhan, datang Perempuan semakin mendekati, dan duduk menyebelah dengan Lelaki.


Perempuan : Kau apa khabar?

Lelaki : *kesat mata* Baik.

Perempuan : Menangis sampai bengkak mata kau kata baik? Kau ni dah kenapa? Sudah sudah lah tu menangis. Tak elok meratap macam ni.

Lelaki : Aku tak meratap. Cuma sedih.

Perempuan : Kalaupun kau sedih, tak perlu lah nak menangis sampai tiap tiap hari macam ni. Dia bukan boleh hidup balik.

Lelaki : Dia tak pernah mati. Sentiasa hidup dalam diri aku. Tak pernah pergi ke mana pun.

Perempuan : *tarik nafas, mencebik*

Lelaki : Aku tau kau menyampah dengan aku. Balik lah. Aku tak pernah minta kau teman aku kat sini.

Perempuan : Aku tak menyampah. Cuma aku geram. Dah lebih sebulan dia pergi. Tapi kau masih datang sini menangis hari hari macam dia baru pergi semalam. 

Lelaki : Dia tak pernah pergi.

Perempuan : Oh for god sake! Boleh tak kau terima kenyataan? Dia dah pergi. Dah tak ada.


Lelaki bangun lalu mula berjalan, meninggalkan Perempuan di atas bangku. Perempuan tersentak, mula diterjah rasa bersalah dek kekasarannya. Dia bergegas mendapatkan Lelaki.


Perempuan : Aku minta maaf. Aku tak patut cakap macam tu.

Lelaki : Tak apa. Aku tak kisah pun.

Perempuan : Jangan macam ni. Aku minta maaf. 

Lelaki : Aku tak kisah, jangan risau. Kau nak tahu kenapa aku menangis tiap hari?

Perempuan : Mesti lah nak.


Mereka berjalan hingga sampai ke sebuah bangku yang lain lalu duduk di situ. Lelaki mengeluarkan sebatang rokok lalu dicucuh. Asap berkepul kepul menambah corak suasana jingga ketika itu.


Perempuan :Cerita lah.

Lelaki : Aku menangis setiap hari sebab hati aku sakit, rasa kosong.

Perempuan : Sebab dia dah tak ada, dah kena tolak dari hati kau? Begitu?

Lelaki : Tak, tak. Bukan macam tu. Dia sentiasa ada dalam hati aku. Tak pernah kena tolak.

Perempuan : Aku tak faham lah.

Lelaki : Kau pernah dengar ayat ni? Satu darab satu masih satu tapi dalamnya ada dua.

Perempuan : Pertama kali dengar. Apa maksudnya?

Lelaki : Maksudnya.. satu hati didarab dengan satu hati lagi membentuk satu hati yang punya dua rasa atau jiwa. Faham?

Perempuan : Kurang jelas. Ayat kau berat sangat, susah aku nak hadam.

Lelaki : Baik lah. Aku terangkan. Ambil aku sebagai contoh. Aku dan dia masing masing punya satu hati dan kedua dua hati itu dicantum menjadi satu hati yang mengandungi jiwa kami berdua. 

Perempuan : Bagi aku, bukan ke itu satu proses tambah. Kenapa darab pula?

Lelaki : Tak. Sebab aku mencantum hati aku dengan hati dia menjadi satu hati yang baru. Satu hati milik kami berdua dan terkandung dua rasa cinta dari kami. 

Perempuan : Jadi, itu punca kau sakit? Sebab hati kau dah dibahagi dua sekarang?

Lelaki : Secara teknikalnya mungkin betul. Tapi hati aku dan dia masih bercantum. Cumanya, sekarang yang tinggal hanya jiwa aku. Jiwa aku yang berusaha menampung hati kami berdua supaya ia tak terlerai. Sakit.

Perempuan : Kenapa kau tak bahagikan saja hati kau? Pisahkan dengan hati dia. Kau takkan sakit sangat sampai macam ni.

Lelaki : Aku tak sanggup nak leraikan hati kami. Aku taknak dia mati.


Tatkala itu, mega suria telah ditenggelami gelap malam. Cahaya jingga diganti dengan sorotan sorotan neon yang bergemerlapan. Berhadapan dengan Amcorp Mall, di tepi tasik, tinggal sebuah bangku kosong.




Selasa, 3 April 2012

Pertolongan Cemas

Dingin hujan yang membeku masih tak dapat memadamkan api amarahku.

Keliru.

Bantu aku ya Aisha.

Permasalahan Satu

Premis 1 : Action speaks louder than word.

Premis 2 : Matapena lebih tajam dari mata pedang.


Mana satu yang betul ni?

Three Cheers for the Sweet Revenge

Can you 
     hear me?
Are you
     near me?

Can we
     pretend?
To leave
     and then

We'll meet again
When both our cars collide

     
I was furious. Wait, I was disappointed. Nope, I think that's not the right word to describe how I felt just now. 

What about stress? Maybe. A lot of things happened lately. A lot of works that need to be done. Quite demanding, really.

My brain's going numb. A little bit more and I think I might break. Or worst, fall apart. But I think, it will take a lot more than that to break me.

So much things need to be settled yet I'm  still wooing around. My greatest talent. Yes, talent. Lazing all day long. And oh yes. On top of that, my talent came with a package. I'm also a very well-trained procrastinator. 

My life is upside-down. Private and public being piled together in a small room of mine. Fuck weh. Fuck. 

Apart from this helluva week, I can't wait to go back home this weekend. A week of holiday would be a great chance for me to escape this miserable, tiresome college life.

The most important thing is... I need someone to talk to! I'm a bit too rough maybe but deep inside, my heart is full of flowery shits. Ha ha ha. Sounds quite sarcastic, yes? I know. Nevermind. 

Brain, heart and limbs. All of them are tearing, crumbling and falling apart in a such rapid rate. Stupidity over rationality. Yep. That's me. An arrogant, stupid yet sweet teenage boy who'll turn twenty next month. Ha ha ha. Still can sense my sarcasms? 

A week of holiday and if any person reminds me even a single word about work, assignments or any shit that stacked in their minds, I'll fucking stab them right in the middle of their fucking brains. 

I dare you. Try me.


Ahad, 1 April 2012

Pasti?

Bilamana sudah nampak bibit bibit pasti, hati mula buat hal lagi.

Celaka!

Menanti Cahya Agamaku

Dia membuka mata. Terpisat pisat menahan panahan cahya matari yang sudah tegak berdiri di atas kepala. Dilihat sekeliling.. Bersepah! Suasana yang cukup tidak menyenangkan untuk memulakan hari. 

Bangun, lalu dicapai kain tuala yang baru dibasuh menggunakan perhidmatan dobi semalam. Sebelum meneruskan rancangannya, dia duduk sebentar di birai katil. Telefon bimbit jenama Suni Eriksen dipegang dan dibelek.

Kosong. Tiada sebarang pesanan atau panggilan masuk yang terlepas.

Dicampakkan semula di atas katil. Sudah biasa begini. Sepi. Lalu rancangannya diteruskan. Tubuh perlu disegarkan dengan pancuran air sejuk. Kepala perlu dibasahkan supaya mindanya lebih bertenaga untuk menerawang bebas menembusi langit tujuh.

Usai mengerjakan perkara pertama yang produktif untuk hari tersebut, dia membuka beg silang. Keadaannya seperti dalam arkib, penuh dengan manuskrip manuskrip yang entah berguna atau tidak. Dikeluarkan satu persatu dan dibelek. Beberapa helai kertas yang diklip bersama diambil. Dengan cetakan komputer menggunakan font Cambria saiz 11 bertajuk Thomas Hobbes dan Leviathan-nya. Dia mula meneliti kertas tersebut. Sepatah demi sepatah dibacanya, cuba mencari kefahaman dalam penulisan yang sedikit tebal itu.

Berat. Sudah bosan dia membaca, dicampakkan juga helaian helaian kertas itu ke tepi. Sama seperti perlakuannya terhadap Suni Eriksen yang malang itu. Perutnya mula memainkan alunan lagu Beethoven yang mendayu dayu.

Petanda itu jelas. Kehendak paling asas dalam hierarki setiap manusia mengikut Maslow. Dia segera bersiap, kunci motor dicapainya. Tapi walau kehendak asas itu minta dipenuhi, satu lagi kehendak timbul. Apa yang hendak diisi untuk penuhkan kehendak asas ini?


****


Dicampakkan kunci motor ke atas meja. Panas! Berbahang betul hari itu. Dia merebahkan badannya ke atas katil, langsung terlena.


****


Deruman enjin motor dari luar mengejutkannya dari tidur yang enak. Kegelapan menyelubungi setiap inci bilik tersebut. Dicapai Suni Eriksen kesayangan, seperti biasa.. Kosong. Jam menunjukkan pukul 1245 tengah malam.

"Shit!"

Dia bergegas ke meja. Lampu meja dibuka, seterusnya komputer riba. Dilihat satu persatu emel yang masuk. Semua tentang kerja yang perlu disiapkan. Bosan. Ditutup kembali komputer riba tersebut. Terlalu banyak kerja yang menekannya sehingga membuatkan dia celaru, tegang.

Dia duduk bersandar di atas kerusi. Sejenak, bayangan seorang puteri menerjah minda. Puteri yang sentiasa dirindui oleh hati tetapi mindanya menidakkan perasaan itu. Walau tak pernah bersua, walau tak pernah bersama, acap kali dia teringatkan puteri tersebut. Seorang puteri yang ditinggalkan saat hati mereka saling bertaut. Puteri yang membawa satu sosok cahya agama yang sering menghidupkan hatinya.

Tenang.

Dia tersenyum sendirian. Baginya, tak perlu lah kata kata cinta itu diungkap terus menerus. Cukup lah sekadar lafaz kalimat suci itu diucap dan disimpan jauh ke lubuk hati. Biarpun sang puteri itu tak mengetahui, baginya.. dia rela menanti cahya agamanya dalam sepi, walau dia sendiri juga tak pasti. Dan baginya lagi.. itu sudah memadai.

Sabtu, 31 Mac 2012

Si Murtad yang Sepi

Mari dekat wahai manusia
Duduk dengar aku bercerita
Cerita ini cerita dunia
Kisah seorang si murtad hina


Ibunya
Bapanya
Dan keluarganya..

Khusyuk bersujud menyembah Yahwe
Rela mengabdi mencari erti
Duduknya dia dalam keluarga
Diajar Taurah sedari kecil
Harapan keluarga hancur berkecai
Menjadi Rabbi tidak tertunai

Ah!
Terkutuk lah dia di siang
dan malam harinya juga
Terkutuk lah dia saat berbaring
juga saat dia berdiri
Terkutuk lah dia tika pergi
mahupun tika dia datang

Apa dosa dia?
Sekadar mengambus alur
Atau memadam garisan
Membuang sempadan
Antara hitam dan putih

Dia berdosa!
Dia manusia hina!

Dia
Melihat tuhan dalam alam
Melihat alam berupa tuhan
Melihat akal sebagai cahya
Merasa surga dengan deria

Tempelak mereka, dia murtad
Murtad apakah bagi dia
yang hidupnya semata mencari tuhan?
Kata mereka, dia sesat
Sesat apakah bagi dia
yang akalnya bebas menerawang?

Di bilik usang itu
dia duduk sendirian
Bahana satu usiran
akibat kebebasan
Di bilik usang itu juga
dia memanjangkan kesendirian
Menjengah hentian akhir
tanpa ada kabungan

Dia..
Spinoza yang diBerkati.

Cetera Enam

"Kau ni dah kenapa Bell? Muram je dari tadi."

"Tak ada apa." Balas Bell ringkas.

Is membetulkan posisi badan. Lenguh duduk di atas kerusi yang tak punya tempat untuk bersandar.

"Kau ada masalah?" Satu soalan lagi dituju ke arah Bell.

"Sikit." Masih ringkas jawapan yang diterima.

"Cerita lah. Aku dengar."

Bell mengeluh pendek. Dua harakat. "Haihh. Masalah biasa."

"Masalah apa lagi yang dia buat kali ni?" Soal Is seraya menyedut teh o' ais limaunya.

"Biasa lah. Pujuk pujuk aku. Nak ajak main lah tu."

Is mencebik. Jijik barangkali mendengarkan keluhan Bell tentang 'dia'.

"Kau tak nak tinggalkan dia?"

Bell mengeluh buat kesekian kalinya. "Tak sanggup."

"Apa yang kau sayang sangat dengan jantan tu? Dah lah menyusahkan kau. Makan pakai dia semua kau tanggung."

"Nak buat macam mana. Aku sayang dia."

Jawapan Bell buat Is terdiam. Berfikir.

"Kalau kau dah sayangkan dia, layan je lah dia. Main je kejap."

Bell meraup wajah. "Nak. Tapi aku malas lah. Dah tak ada mood nak main dengan dia."

"Dah tu, kau tak kesian ke dia? Kata sayang.." Is mencemuh.

"Iya lah. Dah setiap masa minta aku layan. Penat lah!"

"Sabar lah. Kau juga yang kata kau sayangkan dia. Dulu aku suruh tinggalkan, kau tak nak. Sekarang terima je lah."

"Haihh. Kau ada cadangan? Tolong lah aku sikit."

"Kalau aku jadi kau, aku tinggalkan je jantan tu."

"Kau tak ada cadangan lain ke nak bagi?" Ujar Bell sedikit jengkel.

"Dah tu je yang aku boleh fikir. Haa. Tu jantan kau dah datang." Is menuding ke satu arah.

Seraya itu, muncul seekor kucing hitam yang berbulu karpet berjalan perlahan dan terus melompat ke riba Bell. Menggesel manja seolah meminta sesuatu.

Bell mengeluh lagi. Kali ini enam harakat.

Rabu, 28 Mac 2012

Awan Langit Tujuh

Awan..
Berasak asak di tengah udara
Tidak berpijak di bumi nyata
Tidak juga menjulang di langit tinggi
Bergentayangan tanpa lilitan tali


Bebas bermudik tidak berarah
Terapung bersama hembusan angin
Ke utara, selatan
Timur dan barat


Aku..
Leka memerhati dari kejauhan
Setia memayungi dengan keredupan
Walau tinggi langit tujuh
Tetap bersama tika terik dan ribut


Sehingga kau katakan
Aku itu awan yang kau mahu.


- pelukis kedua

Isnin, 19 Mac 2012

Wabak Dunya

Sang liberal itu bertempik, menghamun dan mengeji sang sosial. Gegak gempita seluruh alam, memecah bayangan tradisi.

Ahad, 18 Mac 2012

Expectation

People says that expectation can give you hope, gives you will to survive. Expectation can motivate you thru thick and thin. But from what i have seen, expectation kills.

Khamis, 15 Mac 2012

Maknya Berbaju Merah di Kakilima

Dia berjalan menyelusuri kakilima yang gelap. Dari kejauhan, ternampak kilauan cahaya lampu kalimantang yang terang benderang. Deretan manusia sedang beratur menunggu giliran untuk memesan makanan. Dan di sebelah kedai itu, sebuah masjid yang tersergam indah. Cantik. Berdiri megah di tengah tengah kepadatan kota. Tapi sayang.. Masjid yang cantik itu hanya sekadar hiasan semata mata. Tidak digunakan sepenuhnya oleh umat Islam.

Dia berjalan lagi. Terbongkok bongkok menghampiri kedai tersebut. Aroma yang sungguh mengkhayalkan. Bau bau makanan yang lazat menusuk rongga hidung.

Sekonyong konyong, kelihatan tiga manusia baru melabuhkan punggung di atas kerusi. Masing masing sedang asyik melayan nafsu gelojoh. Suapan demi suapan yang penuh ghairah. Tetapi walau aromanya begitu memikat, bukan itu yang dia cari. Bukan itu yang dia tagihi.

Matanya tertancap kemas ke arah tiga kotak berbentuk segi empat yang tergeletak di atas meja pemuda pemuda tersebut. Ya. Itu yang menarik perhatiannnya. Dadah halal yang cukup mengkhayalkan. Bisa buat dia terbang tinggi melampaui langit tujuh.

Perlahan lahan dan dengan penuh berhati hati, dia menghampiri meja itu. Bau hancing yang sangat kuat menusuk hidung. Mampu buat tiga pemuda tersebut loya. Dia menghampiri pemuda berambut panjang paras leher. Mengunjukkan jarinya ke arah kotak tersebut. Tetapi pemuda tersebut kaku menahan bau, menghalaunya pergi.

Dia sedikit kecewa, tapi masih tidak berputus asa. Ketagihan yang memuncak perlu diredakan. Paru paru ini perlu diisi dengan dadah kimia itu. Mesti!

Mundar mandir, dia berjalan. Mengelilingi kawasan kedai tersebut semata mata untuk dadah itu. Bau hancing yang kuat sangat tidak menyenangkan. Beberapa pelanggan mencebik tatkala dia melepasi mereka.

Semangat dikumpul, lalu dia menggagahkan diri mencuba nasib sekali lagi. Dihampirinya pemuda berambut paras bahu tadi lalu dihulurkan dua keping not berwarna biru sambil menunjuk ke arah kotak yang masih berada di atas meja itu.

Malang. Pemuda tersebut menolak not yang dihulurkan. Tetapi hatinya melonjak kegembiraan apabila rakan pemuda itu, seorang yang agak rendah menghulurkan dadah yang sedari tadi diimpikannya.

Setelah menunjukkan isyarat terima kasih, dia berlalu pergi meninggalkan meja tersebut. Dadah yang baru dinyalakan, dihisap dalam dalam. Nikmat yang tidak terjangkau dek akal.

Semakin lama, kelibatnya semakin tidak kelihatan. Hilang ditelan pekat malam, di Jalan Kapitan Keling. Dia masih gagah menyelusuri lorong lorong gelap itu saban hari. Hanya untuk sesedut dadah kimia tersebut.

Selasa, 13 Mac 2012

Kopi Panas, Sebatang Rokok dan Pemetik Api Merah

Dia duduk di satu sudut yang terpencil di sebuah warung. Jemarinya leka bermain dengan pemetik api merah. Hujan turun dengan lebat tika itu. Sejuk.. Memang sejuk.

"Ini kopi abang." Datang seorang budak lelaki membawa kopi panas yang dipesannya sebentar tadi.

"Terima kasih, dik." Ujarnya ringkas. Matanya masih tertumpu ke arah pemetik api merah.

Langit makin galak menangis. Titis titis hujan yang banyak kedengaran berat menghempas atap zink warung. Dia duduk sambil berpeluk tubuh dalam kesejukan. Warung tersebut lengang. Hanya dia dan dua orang pelanggan yang lain sahaja yang ada. Masing masing duduk melayan kesejukan hujan.

Jarinya masih lagi ralit meraba pemetik api merah. Kadang dilirikkan pandangan ke arah pelayan bertubuh genit. "Comel." Bisik hati kecilnya.

Sejenak, dia berhenti bermain pemetik api merah itu. Tangkai gelas menjadi matlamat seterusnya. Dihirupnya sedikit kopi yang panas itu. Satu nikmat yang tidak dapat digambarkan. Minum kopi panas ketika diselebungi kesejukan hujan mampu merembeskan lendir lendir bahagia dari dalam diri. Surga..

Tapi, jika sekadar minum kopi yang adiktif itu semacam tidak lengkap. Perlukan satu perencah untuk melengkapkan nikmat surga dunia itu.

Kotak Winston Light diambil. Sebatang rokok dikeluarkan perlahan lahan, penuh kasih sayang. Pemetik api merah bakal menjalankan tugasnya yang sebenar. Ternanti nanti sedari tadi.

Rokok diletakkan di pinggir bibir, lalu dicucuh. Hembusan pertama yang tebal dilepaskan berserta satu keluhan perlahan.

"Haihhh. Bila lah aku nak berhenti merokok."

Isnin, 5 Mac 2012

Tuan empunya Awan

Mungkin kau tak perasan, atau kau rasa aku tak pernah kisah, atau kau ingat aku tak ambil peduli. Tapi hakikatnya aku sentiasa berada di sisi kau, suka atau duka.

Khamis, 1 Mac 2012

Hati Lagi

Masa makan tadi, kawan kawan perempuan aku cakap yang aku ni tak ada hati dan perasaan. Betul lah apa yang kamu semua kata tu. Aku tak nafikan.

Jumaat, 24 Februari 2012

Selasa, 21 Februari 2012

Duapuluh

Tarikh 21 Februari 2012, yakni hari ini(Selasa) merupakan hari di mana seorang sahabat, eh tidak lebih daripada itu, seorang saudara lelaki saya menginjak ke satu fasa yang baru dalam hidup beliau. Meninggalkan alam belasan tahun dan melangkahkan kaki ke alam duapuluhan. Satu pertambahan umur serta satu penaiktarafan dalam hidup.

Duapuluh. Walaupun pada umumnya tampak sedikit atau tiada apa apa kesan tetapi jika umur seseorang itu telah diganti dengan angka '2' di hadapannya, cukup untuk menunjukkan bahawa seseorang itu sudah dewasa. Sudah duapuluh tahun berpijak di dunia ini. Sudah duapuluh tahun melalui pahit manis hidup. Ya. Mungkin dipandang remeh tetapi itu sesuatu yang hebat jika hidup anda telah menjangkau duapuluh tahun.

Aku mula kenal dia pada tahun 2008. Menjejakkan kaki di sekolah baru selepas ditendang keluar merupakan satu perasaan yang cukup tidak menyenangkan. Perlu mencari kawan baru dan belajar menyesuaikan diri dengan suasana baru. Ya. Amat amat menyusahkan.

Kami berdua belajar di dalam kelas yang sama. Kelas teknikal atau lebih senang dipanggil LK. Cuma ada satu kelas LK di sekolah aku. Pertama kali pandang, sumpah aku rasa tak senang. Macam nak bagi penumbuk pun ada. Bising nak mampus. Haha. Tapi tak tahu macam mana kami boleh rapat.

Dua tahun persekolahan, aku, dia dan seorang lagi. Kami digelar tiga serangkai dan mungkin antara pelajar paling kerap hilang dalam kelas. Tapi yang musykilnya, setiap kali dipanggil pasal apa apa kes, dia mesti terselamat. Yang kena hanya aku dan seorang lagi.

Macam macam kisah yang ada. Baik yang manis ataupun pahit. Macam macam cerita yang dikongsi. Peribadi atau tidak. Haha. Terlalu banyak sebenarnya.

Menginjak ke alam universiti, kami bertiga terpisah jauh. Aku jarang pulang ke pulau. Yang seorang lagi menyepi membawa haluan sendiri. Bila aku pulang pun, aku akan cari dia dulu. Entah lah. Mungkin benar yang aku punya ramai kawan tapi untuk seorang sahabat, aku mungkin hanya ada sedikit. Sahabat yang betul betul aku boleh ajak bersembang, berbincang dan meluahkan. Sangat sedikit.

Dan hari ini, dia sudah berumur duapuluh. Selamat hari lahir Shafuan (baca : Non)! Semoga hang kuat berusaha dan berjaya dalam hidup hang. Dan kalau boleh sila berusaha untuk tambah ketinggian hang. Sayang hang ketat ketat. Kahkahkah!

pascaskrip : maaf, aku tak tahu apa yang aku tulis ni. Banyak lagi yang nak diucap tapi susah nak terjemahkan dalam bentuk penulisan.

Sabtu, 18 Februari 2012

Cinta, Suka. itu berbeda.

Manusia sekarang mudah sangat menyatakan rasa cinta sedangkan mereka sedikit pun tak tahu apa apa mengenai cinta.


Isnin, 13 Februari 2012

Kerna Cerita Itu Bukan Sekadar Cerita

Sudah lama tidak bicara soal hidup dengan kamu. Ya. Aku sibuk di selatan, kamu sibuk di utara. Kalaupun aku pulang, susah kita nak bersua. Tapi aku hargai tempoh singkat kita bersama tadi. Walau kamu rasa itu hanya perbualan kosong, saling bertanya khabar dan bertukar cerita. Tapi tidak buat aku. Bagi aku, masa dua jam soal bicara kita tadi penuh dengan unsur romantis. Sungguh! Wahai sahabat..

Jumaat, 10 Februari 2012

Sinetron Soltura : Rumah Usang Hujung Kampung Episod 3 - Nasi Lemak Kak Limah

Pak Din Trember terjaga lagi. Alam masih diselubungi kegelapan. Terkadang, kedengaran sayup bunyi cengkerik dan katak dari semak berhampiran. Pak Din cuba bangun. Kepalanya masih sakit tanpa sebab musabab yang kukuh. Dia cuba mengingat kembali apa yang berlaku.

Van buruk kepunyaannya rosak. Ya. Ada suara menegurnya dari belakang. Dia pengsan. Tiba tiba Pak Din terpandang sebuah masjid buruk yang tersergam di hadapannya. Laju memorinya berputar. Dia teringat dia dikejutkan oleh sekumpulan manusia di perkarangan masjid tersebut. Kabur kembali. 

"Ahh. Apa yang jadi pada aku ni. Di mana aku sekarang ni?"

Sedang Pak Din menggosok kepalanya yang berpinar, dia ternampak satu kilauan cahaya. Jingga kemerahan, terletak di hujung tembok masjid. Pak Din Trember berjalan ke arah sumber cahaya tersebut. Berdebar juga hatinya. Takut cahaya itu hantu barangkali. Banyak yang sudah dialaminya malam itu.

Semakin menghampiri hujung tembok masjid tersebut, Pak Din dapat melihat dengan jelas satu susuk tubuh seorang wanita sedang duduk di atas tikar yang dihamparkan. Cahaya tersebut datang daripada pelita yang diletakkan di hadapan wanita tersebut.

"Oh, jual nasi lemak rupanya." Pak Din berbisik dalam hati.

Dia menghampiri wanita tersebut. 

"Err, jual nasi lemak ke? Berapa satu ya?"

"Satu seringgit je encik." Jawab wanita tersebut. Suaranya kedengaran serak.

"Bagi saya dua bungkus." Ujar Pak Din seraya menghulurkan dua keping not RM1 yang berwarna biru.

"Terima kasih encik."

Sejurus selepas itu, Pak Din berlalu ke arah vannya. Tidak sabar untuk mengisi perutnya yang lapar. Pak Din duduk bersila di tepi van apabila ada satu suara serak menegurnya dari belakang.

"Encik.. Encik terlupa ambil duit baki."

Pak Din menoleh ke belakang. Terkejut bukan kepalang apabila memandang tuan empunya suara yang menegurnya. Pandangannya menjadi kelam. Pak Din pitam buat kesekian kalinya..


*Sambungan daripada episod 1 dan 2 Sinetron Soltura. Siapa siapa nak sambung, silakan.

Khamis, 9 Februari 2012

Lambakan 'tif'

Diri ini penuh dengan unsur positif dan negatif. Setiap cerita, tetap punya makna walau bercorak konotatif atau denotatif. Dan setiap cerita yg berlaku itu, tetap punya nilai walau dihurai secara induktif atau deduktif.

Kerna hidup ini bukanlah suatu objektif tetapi relatif.

Ahad, 29 Januari 2012

Cetera Lima

Charlie masuk ke dalam kereta yg diparkir sejak tadi. Buah hatinya, Kathy setia menanti.

"Panas betul hari ni. Berbahang." Charlie memulakan perbualan.

Diam.

"You tak panas ke duduk dalam kereta dari tadi? Lama you tunggu I. Kesian you." Charlie menambah. Masih tidak perasan apa apa yg janggal.

Kathy masih membisu. Matanya ditancapkan ke luar. Memerhati manusia yg lalu lalang. Kadang rambutnya yg ikal itu dipintal pintal. Marah mungkin?

"Eh, you ni kenapa? Macam moody je?" Charlie mula perasan akan perubahan tingkah laku buah hatinya.

Kathy masih kekal membisukan diri. Tidak mempedulikan pertanyaan yg dihujankan kepadanya.

Tiba tiba Charlie teringat akan sesuatu. Sesuatu yg dijumpainya dengan tidak sengaja pada pagi itu. Tergolek di atas dashboard kereta kancil milik pak ciknya. Botol kecil yg berisi cecair seperti gel.

"Haaa. You nak tahu tak apa yg I jumpa pagi tadi dalam kereta ni?" Soal Charlie. Cuba memancing Kathy untuk bercakap.

"You jumpa ni kan?" Kathy menjawab seraya menunjukkan botol tersebut.

Charlie terkejut. "Ha. Benda tu lah I jumpa tadi."

Kathy kembali membisu.

"You, kenapa ni?" Charlie bertanya. Gelabah.

Kathy tetap membatu.

Charlie mula bengang. "You. Jangan lah diam macam ni."

Kathy bersuara kembali. Sepatah sepatah. Jelas menusuk kalbu Charlie. "I tak sangka you macam ni. You, I tak kisah masa silam you macam mana. You pernah buat apa pun dengan perempuan lain. Tapi, I harap you tak tipu I sekarang."

"You! I tak pernah buat pun benda benda macam tu. Demi Allah!" Charlie menempik.

Kathy diam semula. Anak matanya melirik ke luar. Menyampah barangkali dengan pengakuan Charlie.

Charlie semakin bengang. "Tolong lah percayakan I. I tak tipu you lah. I tak pernah buat benda benda ni!"

Tiba tiba, Charlie berasa sakit yg amat di mukanya. Pintu kereta dibuka dan dihempas dengan kuat. Kathy melarikan diri. 

Sambil mengusap mukanya yg kesakitan, Charlie mengangkat botol yg menjadi punca perbalahan mereka. Tertulis di situ ; KY Jelly, Durex. 

"Celaka punya lubricant." Charlie menyumpah.



Selasa, 24 Januari 2012

Rabu, 18 Januari 2012

Kontradiksi

Aku ada ramai kawan tapi aku tak punya ramai sahabat.

Haters gonna hate. Fuck you.

I reckon if you do not agree with others' believes, do not insult them with every method you can think of. You dislike them so much yet do you think every single person on earth likes you?

Isnin, 16 Januari 2012

Seksis v Feminis

Pada suatu petang yg tenang. Bertempat di sebuah kopitiam sekitar Kuala Lumpur. Seorang seksis duduk berbual dengan seorang feminis.


Seksis : Kau apa khabar? 

Feminis : Baik.

Seksis : Apa cerita sekarang? Masih berusaha keras untuk tegakkan prinsip kau tu?

Feminis : Prinsip apa? Prinsip akaun?

Seksis : Aku tahu lah perempuan memang sedia maklum bangang. Tapi tak perlu kot kau nak jadi bangang sampai macam ni sekali.

Feminis : Jaga mulut kau tu sikit. Aku cili nanti.

Seksis : Eh marah pulak. Betul lah apa yg aku cakap tu.

Feminis : Sikit pun tak betul.


Mereka berhenti berbicara. Sepi untuk seketika.


Feminis : Kau dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah kan.

Seksis : Apa yg tak pernah berubah? Aku makin macho kan sekarang.

Feminis : Oh please. Perasan nak mampus. Ye lah. Perangai kau tu yg suka merendahkan wanita.

Seksis : Aku tak merendahkan wanita. Itu hakikat. Semua orang tahu. Kau je yg tak nak mengaku.

Feminis : Hakikatnya.. Kau memang macam tu. Kau ingat kau boleh hidup tanpa wanita?

Seksis : Boleh je. Tak ada masalah.

Feminis : Habis kau tak nak kahwin?

Seksis : Nak.

Feminis : Tu dah menunjukkan yg kau perlukan wanita!

Seksis : Aku cuma gunakan wanita untuk seks je. Tak lebih dari tu.

Feminis : Kau memang tak guna.


Feminis yg bengang cuba bangun. Mahu pergi meninggalkan rakannya itu. Marah. Benci dengan lelaki sebegitu. Tetapi tangannya ditarik seksis.


Seksis : Kau nak pergi mana? Duduk lah dulu. Air kau belum habis lagi.

Feminis : Ah! Menyampah aku cakap dengan kau. Buat sakit hati aku je. Dasar lelaki celaka.

Seksis : Sopan betul bahasa kau. Duduk lah dulu. Jangan marah. Aku minta maaf.

Feminis : Huh! Aku tak boleh terima apa yg kau cakap tu.

Seksis : Maaf. Aku melawak je tadi. Aku tak maksudkan macam tu pun.

Feminis : Ubah lah perangai kau tu sikit. Nanti tak ada orang yg nak dekat kau.

Seksis : Tak apa. Aku ada kau.


Seksis tersenyum. Si feminis pula terkebil kebil. Masih belum dapat menangkap intipati ucapan seksis.


Feminis : Aku tak faham.

Seksis : Tak ada apa yg perlu kau faham.

Feminis : Aku nak tahu! Baik kau cerita.

Seksis : Aku suka kau.


Suasana menjadi sepi. Bagai ada malaikat yg baru melintas. Si feminis kelu seribu bahasa. Tidak mampu mencari ayat untuk membalas penyataan seksis.


Seksis : Kenapa kau diam?

Feminis : Aku tak tahu nak jawab apa. Kau serius? Atau ni cuma satu lagi agenda kau nak perbodohkan aku?

Seksis : Serius. Aku tak tipu.

Feminis : Tapi kau manusia seksis yg keji. Kau benci wanita kan?

Seksis : Aku tak pernah benci wanita. Aku cuma menyampah dengan perangai mereka.

Feminis : Jadi kau menyampah dengan aku?

Seksis : Tak.

Feminis : Aku tak faham.


Sekilas. Seksis memegang tangan si feminis. Feminis terkedu. Tapi tidak menarik tangannya. Berdebar.


Seksis : Aku mengaku yg setiap lelaki yg hidup perlukan seorang wanita sebagai peneman. Dan aku jugak sedar wanita tu perlu dihormati dan ada hak untuk merencana hidup sendiri.

Feminis : Kau dah buat aku jatuh hati dekat kau tahu.

Seksis : Aku tahu.


Mereka berdua tersenyum. Kedua dua manusia yg punya fahaman yg sama sekali bertentangan telah bertemu di satu garisan tengah yg memisahkan mereka. Mungkin perjalanan mereka masih penuh ranjau dan duri. Tetapi perbezaan itu saling melengkapi. Tiada sesuatu yg sempurna dalam dunia ini.


Seseorang yg mengenali adanya sexisme, dominasi lelaki serta sistem patriarki dan melakukan sesuatu tindakan untuk menentangnya, jika wujud salah satu nilai ini dalam dirinya maka beliau adalah seorang feminis. - Simone de Beauvoire. The Second Sex.

Percaya Itu Iman

"Berjuang atas apa yg kamu percaya."

Bagi aku kepercayaan itu tidak lebih sekadar sebuah tapak yg kamu guna untuk merasionalkan perjuangan kamu. 

Persoalannya..

Berapa ramai yg sanggup berjuang untuk kepercayaan mereka?

Sabtu, 14 Januari 2012

Suatu Petang

Petang yg tenang di sebuah tasik. Aku melabuhkan punggung di atas sebuah bangku betul betul di tebing tasik. Cucuh rokok. Tarik. Hembus. Asap yg berkepul kepul keluar itu ibarat sebuah lukisan abstrak yg sangat mempesonakan.

Di hujung sebelah sana kedengaran sekumpulan wanita sedang menjerit kegirangan. Seronok meluangkan masa bersama bermain alatan rekreasi yg disediakan di situ.

Keadaan tasik ini kurang terjaga. Rumput semakin meninggi. Menjadi semak. Kelihatan tiga orang lelaki sedang duduk berbual. Memancing barangkali. Masing masing menceritakan perihal dunia sementara menunggu umpan diragut ikan.

Angin sepoi sepoi bahasa. Buluh buluh yg tumbuh meninggi beralun mengikut rentak hembusan angin. Sekejap ke kiri. Sekejap ke kanan. 

Dua sekawan. Wanita. Berjalan beriringan mengelilingi tasik melawan arah jam. Dua sekawan yg lain. Juga wanita. Melakukan perkara yg sama tetapi berlawanan arah.

Dari jauh kedengaran bunyi jentera yg berfungsi mengikut aturan manusia di tapak pembinaan.

Rosak.

Tapi tak mengapa. Kicauan burung yg umpama sebuah kumpulan orkestra menutup cela bunyi yg dihasilkan oleh jentera tersebut.

Di situ terdapat dua pasang kekasih sedang bermadu asmara. Sepasang duduk berpelukan di bangku. Mesra. Manakala yg sepasang lagi duduk berbual di lerengan. Tiba tiba, si lelaki mula memetik gitar yg dibawanya. Terpegun si wanita itu. Asyik menikmati irama cinta yg dialunkan.

Di sekeliling tasik itu juga kelihatan tiga kelibat manusia. Masing masing duduk bersendirian tak punya teman. Seorang wanita duduk termenung di bangku berdekatan tempat parkir. Seorang lelaki pula sedang duduk bertapa di tepi tebing tasik. Leka merenung kocakan air yg terhasil.

Dan seorang lagi. Juga lelaki. Sedang sibuk menghasilkan nukilan ini. Melakar lukisan melalui penulisan supaya orang lain dapat melukis suasana petang ini dalam kotak imaginasi masing masing. 

Petang yg damai..

That Someone..

I believe someday, somewhere and somehow.. someone will come and save me from myself.

Anarki Hati, Melampaui Infiniti

Perasaan yg menghampiri anarki ini harus dikekang. Kelak akan memakan diri. Hati. Tolong kuat. Tolong jadi kuat demi aku.

Cetera Empat

"Awak?" 

Teguran Fiz membuatkan Iza tersentak daripada lamunannya.

"Ya. Maaf. Awak cakap apa tadi?" Tanya Iza kabur.

Fiz merenung Iza. "Awak okay?"

"Ya. Saya okay je. Kenapa?" Balas Iza. Cuba mengelak renungan tajam Fiz.

"Awak ada masalah?" Soalan Iza dibalas dengan soalan oleh Fiz.

"Saya okay je lah. Tak ada masalah pun." Iza mengukir senyuman paksa.

Fiz memandang tepat ke anak mata Iza sambil tersenyum. "Awak tipu."

"Betul lah. Saya okay dan tak ada masalah. Awak jangan lah risau." Iza cuba mematikan cerita.

"Sekali lagi. Awak tipu saya." Ujar Fiz. Masih tersenyum.

Iza bengang. Taktiknya tak menjadi. "Ish. Saya tak tipu lah."

Tiada jawapan. Fiz masih tersenyum sambil merenungnya.

"Awak ni kenapa ha? Saya cakap tak ada apa apa. Maknanya tak ada apa apa lah." Balas Iza sedikit tinggi.

"Kalau awak perlukan saya, bagitahu lah ya." Fiz membuka mulut. Senyuman masih belum lekang dari bibirnya.

"Saya benci awak." Balas Iza. Turut mengukir senyuman bahagia.

Jumaat, 13 Januari 2012

Cetera Tiga

KRINGG.

KRINGGGG.

Terpapar satu nama yg tidak asing lagi buat Tia. Zam. Seorang lelaki yg telah mencuri hatinya tiga tahun yg lepas. Tapi malangnya, perasaan kasih Tia buat Zam semakin pudar dari hari ke hari.

"Ish. Kau ni. Asyik call je. Aku dah bosan lah dengan kau." Tia bermonolog.

Telefon dijawab. "Hello Tia. Awak apa khabar? Kenapa dah lama awak tak call saya? Saya ada buat salah ke?" Kedengaran suara Zam di corong telefon.

"Tak. Awak tak ada buat salah apa pun." Balas Tia ringkas.

"Kalau saya tak buat salah, kenapa awak dingin je dengan saya sekarang?" Zam menyoal lagi.

"Kalau saya cakap tak ada tu maknanya tak ada lah." Bengkeng Tia.

"Sorry. Awak jangan lah marah marah macam ni. Saya rindu awak." Zam cuba memulakan perbualan.

Sepi. 

"Tia. Awak dengar tak?" Soal Zam. Nadanya penuh mengharap.

TETT.

Talian diputuskan. Tia menghempaskan diri ke atas katil. Rimas dengan teman lelakinya itu.

KRINGG.

KRINGGGG.

Beberapa kali telefon berdering. Tidak diendahkan oleh Tia. Malas hendak melayan Zam.

Selang beberapa minit kemudian. Kedengaran bunyi pesanan ringkas masuk.

Tia membuka mesej tersebut. Satu MMS daripada Zam. Gambar sebuah kotak berbentuk hati yg berwarna merah jambu. Terdapat tulisan tangan Zam di atasnya.

"Pandai betul dia ambil hati aku." Ujar Tia sambil tersenyum.


Khamis, 12 Januari 2012

Cetera Dua

"Ish. Menyampah betul aku dengan Edi tu!" Bentak Ati penuh perasaan.

"Dia buat apa pulak sekarang?" Soal Ina malas. Dia sudah biasa dengan rungutan rungutan Ati saban hari. Ada saja benda yg tidak kena dalam hubungan sahabatnya itu.

"Dia kantoi dengan aku ada betina lain. Aku ternampak dia dekat Mid tadi. Bukan main mesra lagi. Cubit pipi, peluk sana sini. Geram!" Ati meluah rasa. Kelihatan matanya bergenang.

"Kau rilek sudah. Apa kata kau mintak putus je dengan dia. Kau tu pun bukannya tak ada orang yg nak. Ramai kat luar tu berbaris tunggu kau." Ina cuba memujuk Ati. 

Ati bangun lalu menyergah. "Ah! Aku dah tak percaya pada lelaki. Kalau dah namanya lelaki tu, semua sama je. Jantan tak guna!"

"Tak baik kau cakap macam tu. Mungkin kau belum jumpa lelaki yg betul betul sesuai dengan kau. Ramai je lelaki baik kat luar tu." Ina memberi pendapat.

"Kalau dah namanya jantan tu, semuanya sama je! Miang nak mampus. Akim dulu pun macam tu jugak. Konon aku lah dunia dia. Last last sangkut dengan minah kilang tu. Lelaki semua sama!" Sanggah Ati penuh emosi.

Ina menarik nafas. Cuba mengawal pertuturan. Sepatah sepatah diucapnya. "Kau jangan cakap macam tu. Dulu Amin yg baik tu nak kat kau, kau tolak. Kau pergi kejar lelaki lelaki yg kononnya stylo. Bergaya. Sosialista. Dah kau pergi cari lelaki yg perangai macam Edi tu siapa suruh? Lepas tu suka suka hati kau je nak samakan semua lelaki."

"Alaa. Amin tu baik sangat. Mana masuk dengan aku. Dia dengan ketayap bagai. Cuba kau bayang, takkan aku nak keluar dating dengan dia macam tu. Segan tau." Ati memberi alasan.

"Suka hati kau lah." Jawab Ina. Malas hendak meneruskan perbualan.

Rabu, 11 Januari 2012

Cetera Satu

"Perempuan memang lama kalau bersiap." Getus hati kecil Wadi. Dia duduk di atas sofa. Gaya malas sambil menukar nukar siaran televisyen. Bosan menunggu isterinya yg sudah setengah jam di dalam bilik.

"Awak dah siap belum?" Laung Wadi.

"Belum. Kejap lah bang. Tak jumpa anting anting saya ni ha." Jawab Esha kelam kabut. Dia tahu kalau dibiarkan menunggu lebih lama, suaminya akan mengamuk nanti.

BAMM.

Esha mendengar pintu dihempas. Terkejut dia. "Marah betul laki aku ni. Masak masak." Esha segera melupakan hasrat mencari anting anting tersebut dan terus turun.

Sesampainya di bawah, dilihat suaminya masih duduk di depan kaca televisyen. "Eh, saya ingat awak dah keluar tadi. Bunyi apa yg berdegum tu bang?" Soal Esha. Lega hatinya kerana menyangkakan Wadi sudah bengang menunggunya bersiap.

"Tadi angin kuat. Tertutup pintu tu." Jawab Wadi dengan mendatar. "Eh, awak. Saya tiba tiba letih lah. Kita tak payah keluar makan ya. Awak masak boleh?" Wadi bertanya dengan riak selamba.

"Laaa. Saya dah siap ni awak. Tak apa lah kalau macam tu. Saya masak ya." Kerana tidak mahu memulakan pergaduhan, Esha akur dengan kehendak suaminya.

Hidupkan api gas. Panaskan kuali. Esha mula menyelongkar peti sejuk untuk mengeluarkan bahan bahan untuk memasak. Dia bercadang untuk masak ayam kicap kegemaran Wadi. Harap Wadi tidak kecil hati dengannya lagi. "Berdosa kalau buat suami kecil hati dengan kita Sha." Teringat pesanan arwah ibunya dulu.

Tiba tiba telefon bimbitnya berdering. Kedengaran lagu tema Ombak Rindu berkumandang. "Bang. Tolong angkatkan phone saya kejap." Laung Esha dari dapur.

Tiada jawapan. "Bang. Tolong lah angkatkan kejap. Tangan saya berminyak ni." Esha mengulangi permintaannya. Wadi masih membisukan diri.

"Ish. Laki aku ni pun. Kot ya pun marah, tolong lah kejap." Omel Esha sambil berlari lari anak ke ruang tamu.

Dilihat Wadi masih terpaku di depan televisyen. Duduk membatu membisukan diri.

Dijawabnya panggilan. "Awak nak keluar ke tak ni? Tahu tak dah lama saya tunggu dalam kereta? Menyirap betul dengan awak!" Kedengaran suara Wadi di hujung talian.

Esha terpana. Pucat. Dilirikkan matanya ke arah susuk tubuh Wadi yg berada di depan televisyen. 

Kelam.